t>

Breaking News

Muslim Halal Menyertai Pertandingan Ratu Cantik Selagi Tidak Berbikini.

Apa la yang marah2 sangat neh? Aku perasan ramai sangat yang marah kat menteri agama Jamil Khir isu ratu cantik. Semua neh gara2 satu berita yang melaporkan 4 wanita muslim menyertai pertandingan ratu cantik baru2 neh.

Rujuk bawah ;


Alasan dorang marahkan Jamil Khir sebab ;

Wanita Islam diharamkan menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Kata beliau, perkara tersebut telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1997, namun perlu diwartakan di peringkat Majlis Fatwa negeri bagi penguatkuasaan undang-undang berkaitan.

"Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberi ingatan bahawa wanita Islam tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik.
 
Rujukan :  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Sebenarnya ramai yang salah faham. Meh aku perjelaskan.

1. Apa yang JAMIL KHIR sebut tue ialah fatwa.

2. Fatwa bukan undang2 tapi garis panduan jek kat Malaysia neh.

3. Tahu tak majlis FATWA ada keluarkan fatwa yang merokok itu HARAM?

4. Tapi kerajaan masih lagi membenarkan penjualan rokok dan mengambil untung dan faedah hasil dari perlakuan tersebut.

5. Ini kerana fatwa adalah fatwa, fatwa bukan undang2 bukan pula satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh mana2 badan penguatkuasa di Malaysia neh.

6. Dalam erti kata lain, majlis fatwa tiada kuasa untuk memaksa badan penguatkuasa menerapkan hukum islam dalam pentadbiran mereka melainkan agensi penguatkuasa itu sendiri mengubal peraturan2 mereka agar selaras dengan keputusan majlis fatwa. Majlis fatwa takde kuasa sebab semasa pihak2 yang berkaitan menubuhkan majlis fatwa mereka tak terfikir yang majlis fatwa patut diberikan kuasa tertentu/khas untuk menerapkan elemen islam dalam pentadbiran. Pada hemat mereka, cukupla keluarkan fatwa sudah. Kami nak amal atau tolak itu kami punya pasal.

7. Agensi penguatkuasa kat negara neh pula ada ketua masing2.

8. Semua ketua mereka ialah berpaksikan kepada Barisan Nasional sebab BN yang memenangi PRU sejak dari dulu lagi.

9. So bila pemimpin BN yang muslim tidak mengambil inisiatif untuk mengubal undang2 agar selaras dengan keputusan majlis fatwa maka fatwa tidak bermaksud apa2.

10. Dalam erti kata lain korang jangan canang bab fatwa selagi tak memahami bagaimana konsep sebenar fatwa kat Malaysia neh di amalkan.

Lagipun ratu cantik muslim tak pakai bikini. So selagi mereka tak pakai bikini, mereka dibolehkan menyertai pertandingan tersebut. Jadi tak payah la nak marah melulu. Asalkan mereka tak pakai bikini sudah la. Mereka dibenarkan menyertai pertandingan tersebut kata penganjur. So takan penganjur suka2 buat keputusan pula kalau tak mendapat mohor kelulusan dari agensi penguatkuasa undang2 di negara neh?

Bising2 pun buat apa. Cuba buka tingkap tue, ada perang tak? Ada kejadian tembak menembak tak? Takde kan?

So syukur sudah la.

Hehe.