Saya Lupa Beritahu Ibu - Pengakuan Sensasi Izzat [Ko Ingat Hantu Nak Percaya?]
Kesian polis. Sampai guna anjing pengesan dok cari budak Izzat tue. Lahabau punya budak. Menyusahkan polis aje. Dorang dah la ada banyak kerja2 yang lebih penting untuk diuruskan. Ko pula tambah sibukkan dorang, buat apa?
Tak sangka la pula aku yang polis sampai guna anjing pengesan dan selongkar kat satu kawasan Vila Nabila mencari budak si Izzat neh.
Aku ingat polis2 yang mencari Izzat neh mao geram tengok Izzat. Kecik besar kecik besar aje dorang rasa. Nasib baik anak orang. Dan nasib baik aku polis. Kata polis dalam ahti.
Ko Izzat dah sewajarnya pergi minta maaf kat pihak2 yang ko dah susahkan tak pasal2. Jangan nak bagi alasan mangkok ayun la. Memang jenis budak yang lupa pada mak sendiri, tak reti2 nak jaga perasaan mak. Ko ingat gambar ko berpelukkan dengan mak sendiri menampakkan ko budak baik le tue?
JANGAN NAK PERASAN LA OI.
MACAM HARAM lagi ada aku tengok.
Muahaha..
Dan lagi satu, kejadian kat Villa Nabila tue dilaporkan oleh member mangkok ayun kat atas neh. Sebaran citer mengarut dan merepek tue pun bukan datang dari orang lain. Tapi geng2 mangkok ayun neh la juga.
Dan, harapnya polis boleh 'layan' depa elok2 sikit sehari dua neh sebab buat benda bodoh. Nak glamer la konon nya.
Hah amek la. Masing2 dah mendapat kan? Amek glamer tue banyak2. Simpan dalam peti ais. Bila nak guna, keluarkan aje.
Wakaka..

Dunia laman sosial kecoh dek kehilangan seorang remaja selepas dia memasuki sebuah villa yang didakwa berhantu, hakikatnya remaja itu pergi ke tempat lain selepas mengunjungi villa berkenaan pada malam kejadian.
Mohammad Izzat Izzudin Husin berada di rumah teman wanitanya di Taman Desa Mutiara ketika pihak polis menghubungi rumah berkenaan pada tengah malam Isnin.“Saya lupa beritahu ibu yang saya mungkin tidak akan pulang malam itu,” kata pelajar Tingkatan Empat itu di rumahnya Kampung Hajah Hasnah Majidee dekat sini.Mohammad Izzat berkata dia masuk ke dalam Villa Nabila di Danga Bay pada tengah malam Sabtu bersama-sama 29 rakannya dan mereka berada di sana selama 15 minit.Mereka berjalan keluar menuruni bukit menggunakan jalan belakang villa berkenaan.“Ini merupakan kali ketiga saya ke sana, jadi saya tidak berasa takut. Tiada juga antara kami yang mengalami histeria atau ada yang menjerit seperti yang dilaporkan oleh seorang lagi rakan kami.“Kami keluar untuk makan di sebuah restoran makanan segera dan duduk melepak di kaki bukit sebelum masuk ke masjid untuk bersolat. Kami kemudiannya bersurai dan mengikut destinasi masing-masing,” katanya.Mohammad Izzat berkata dia dan teman wanita yang sebaya dengannya tiba di Taman Desa Mutiara pada pukul 12.30 pagi Ahad.Ibu mangsa, Norhayati Mohamad, 39, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu selepas dia tidak pulang ke rumah.Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki banglo terbiar di Danga Bay di sini pada malam Sabtu.Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang.Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua.Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.Banglo ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor.Polis turut menggunakan unit anjing pengesan dalam usaha menjejaki Mohammad Izzat dan mereka turut bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.Ketua Polis Johor, Timbalan Komisioner Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menggesa rakyat Malaysia tidak percaya bulat-bulat apa yang dibaca oleh mereka di Internet.Sementara itu, Norhayati berkata dia kehilangan kata-kata sebaik sahaja melihat kelibat anak ketiganya itu, di balai polis Bandar Dato Onn.“Saya sangat bersyukur dia kembali dalam keadaan selamat. Apa yang telah berlaku saya tak mahu ungkit kembali,” katanya.