t>

Breaking News

Polis Ambil Keterangan Rafizi Ramli Isu Bawa Bom.

Pelik la aku dengan situasi neh. Aku pelik dengan cara polis berfikir. Aku tatau la macam mana tapi aku rasa tindakan polis yang siasat Rafizi neh memang tak kena gaya. Nak tahu apa yang aku fikirkan?

Kisah ini bermula bilamana bloggers BN dedahkan satu email. Ikut dakwaan mereka la. Padahal aku tengok macam bukan email aje.

Haha..

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/rancangan-letupan-bom-di-himpunan-aman.html

Bloggers BN sebarkan di blog masing2 ketika itu. Apa yang mereka minta polis buat ialah desak satu siasatan di jalankan ke atas Rafizi dan pihak2 yang terlibat untuk menghuru harakan keamanan di negara ini. Itu kata mereka la. Mereka pandang perhimpunan aman ialah perhimpunan huru hara. Dalam beberapa minggu neh perhimpunan aman rakyat telah dituduh sebagai perhimpunan huru hara sehingga ada yang menyangka bahawa akan wujud pihak2 yang berperanan menghuru harakan situasi. Ini pun bahaya gak. Jadi kena ahti2 la dengan sebarang bentuk provokasi. Jangan sampai ada yang terperangkap disitu.

Pada asalnya aku tengok ia bukan la apa2 sangat sehingga la polis secara tiba2 beranggapan bahawa email itu merupakan satu bukti.

Rujuk ;


Dan ini respon Rafizi ;



Yang aku kata polis anggap email tersebut merupakan satu bukti ialah bila polis sendiri buat satu sidang media khas dan memberikan kenyataan bahawa dipercayai pihak2 tertentu akan membawa pelbagai jenis senjata dan bom.

Ayat di atas keluar selepas email mengenai itu disebarkan oleh bloggers BN. Mana polis dapat sumber cerita di atas? Apakah ini bermaksud polis baru saja beranggapan bahawa email itu sendiri merupakan satu bukti?

Rujuk ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/saman-rm100-juta-untuk-timbalan-ketua.html

Sepatutnya la kan. Sepatutnya.

1. Bila dah tengok email2 macam tue disebarkan oleh bloggers BN, polis patut panggil bloggers bn yang dedahkan email itu terlebih dahulu.

2. Pastikan dulu bahawa email itu sendiri adalah sahih yakni email yang benar2 wujud. Pastikan dulu bahawa email itu sendiri merupakan satu bahan bukti yang boleh buat satu pertuduhan ke atas pihak lain.

3. Dalam erti kata lain, sebelum apa2 bahan bukti di anggap bukti ia harus dipastikan terlebih dahulu bahawa bahan bukti itu sendiri merupakan satu bukti yang sahih.

4. Kalau macam tue aku pun boleh reka satu email dan suruh polis siasat mana2 individu yang aku tak suka. Betul?

5. Bila polis dah dapat bukti bahawa kandungan email itu sahih, email itu sendiri sahih maka baru la polis boleh bertindak selanjutnya seperti siasat Rafizi. 

6. Bukan rakyat marah polis nak lakukan tugas dan siasatan. Buatla. Lagi kami suka dan galakkan. Tetapi biarla ikut logik akal sikit. Takan la benda tak terbukti sahih macam email itu sendiri secara tiba2 di anggap sebagai fakta kes kan? 

Ini tanpa pastikan kandungan email itu entah kan sahih entah kan tidak tiba2 nama Rafizi terkait sekali. Lepas tue babitkan nama NGO2 dan individu2 tertentu. Lepas tue tuduh pula himpunan aman sebagai himpunan untuk mencetuskan huru hara. Adakah perkara ini adil pada kami? Adakah cara ini tidak menganiaya kami? Tuduhan rambang yang dibuat secara melulu tanpa fakta yang jelas, menfitnah kami tanpa diberikan ruang untuk bersoal jawab dan menjawab balik pertuduhan di media2 arus perdana adalah sangat tidak adil. 

Polis boleh gunakan ruang media arus perdana untuk sebarkan kenyataan mereka. Bahkan polis tak takut dengan saman kerana akhirnya duit rakyat juga yang akan membayar semua saman2 tersebut. Rakyat juga yang tersepit di tengah2. Bersuara pun kena, tak bersuara pun kena. 

Pada malam sambutan tahun barang naik 2014 nanti, tiada sesiapa dari rakyat akan berbuat kekacauan. Jika ada kekacauan jika bukan dari rakyat. Ini yang sahih. Bagaimana polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat, yang berperanan membawa keadilan kepada rakyat boleh bertindak sejauh ini dalam menfitnah rakyat? Apa salah kami?

Fikir2kan la ek.

Ini pula respon dari Rafizi Ramli ;
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno hari ini mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini. 
Beliau berkata, pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

“Ia lebih berbahaya apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap fitnah-fitnah seperti ini yang boleh menghuru-harakan ketenteraman awam.


“Apabila ada fitnah yang menyalahgunakan internet sewenang-wenangnya seperti menakut-nakutkan rakyat dengan bom dan sebagainya, polis sepatutnya mengambil tindakan dan tangkap blogger-blogger Umno terbabit, katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.