t>

Breaking News

Angkara Makanan Pasar Malam - Kanak2 5 Tahun Maut.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut manakala 10 lagi dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, akibat keracunan makanan selepas menikmati ayam goreng di pasar malam hujung minggu lalu.

Mohammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, 5, meninggal dunia kira-kira jam 1 petang tadi tidak sampai sejam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSNZ, di sini.

Menurut sumber hospital, selain seorang maut akibat keracunan makanan, lebih 10 lagi masih mendapat rawatan di HSNZ dipercayai terkena keracunan makanan selepas membeli ayam goreng sama yang dijual di pasar malam di Dataran Shahbandar, di sini, Jumaat lalu dan pasar malam Jalan Hiliran, di sini, Sabtu lalu. -MH-


Lagi ;

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia hari ini akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli dari sebuah pasar malam di sini, Sabtu lepas.

Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, meninggal dunia kira-kira 1 petang tadi ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ibunya Siti Zuriana Mohd Yusoff, 28, berkata anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi.

Beliau berkata hanya suaminya Mohd Ilme Mat Adam, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payung Marang.

"Kira-kira 7 pagi semalam, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong.    

"Sehingga pagi tadi, keadaan anak dan suami masih serupa dan kami sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat HSNZ di sini.

Sebaik tiba di pusat kesihatan itu, keadaan anaknya semakin lemah dan terpaksa menerima bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Siti Zuriana berkata semasa dalam perjalanan ke HSNZ, beliau menyedari nadi anaknya tiada manakala suaminya yang bertugas sebagai tentera di Kem Padang Midin masih lemah.

"Sebelum ini, Muhammad Iqbal cergas dan aktif serta tidak menghidapi sebarang penyakit," katanya.

Mohd Ilme pula berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap peniaga pasar malam itu. -SH-


Metro cakap ada 10 mangsa yang lain.

Manakala SH hanya laporkan dua mangsa aje. Kalau betul ramai yang keracunan makanan lepas makan ayam goreng yang dibeli kat pasar malam mohon buat laporan polis beramai2 supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap peniaga yang cuai dalam menyediakan makanan yang bersih kepada para pelanggan mereka. 

Peniaga2 memang ada yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Nak meniaga tapi penyediaan makanan tak mementingkan kebersihan dan yang paling penting tak jaga 'kualiti' makanan. Agak2 kalau benda tue dah lama, fikir la sikit risiko bahawa ia mungkin tak sesuai untuk dijual kepada para pelanggan. Semua orang yang meniaga memang takmo rugi tapi adakah semua pelanggan yang membeli mengharap penyakit pula lepas makan makanan yang dibeli dari para peniaga? Tak juga. So please la. Nak meniaga, elok2 sikit. Sekarang salah seorang budak yang tak berdosa dah jadi mangsa. Apa citer? Boleh hidupkan kembali orang yang dah mati ke? Apa pun tak boleh.