Drama Nur.. - Kisah Penungang Agama Memang Benar Dan Realiti..
Oleh : Hafizudin Nasarudin
Salam, pagi ni teman nak berkongsi sedikit,
Drama Nur ni real,
Kisah penunggang agama pun real,
Lagi-lagi dalam politik,
Aku pernah dengar sendiri bagaimana ada seorang ahli politik ni bercakap beliau kena mantain imej agama dan anjurkan banyak program keagamaan seperti majlis qasidah, ya hanana, buat program dengan anak-anak tahfiz dan turun ke masjid - untuk tujuan political mileage beliau, bagi orang nampak beliau ni kuat agama dan kelihatan baik.
Di belakang tabir, beliaulah yang banyak terlibat dalam jenayah kolar putih, kontrak projek sana sini, makan suap sana sini sampai menzalimi orang-orang tertentu. Dan orang yang dizalimi tu pulak beliau berjaya twist balik, gambarkan mereka sebagai orang jahat pula kerana memperjuangkan hak mereka. Ini lah sejahat-jahat manusia yang aku pernah kenal.
Selain itu, aku juga pernah berhadapan golongan penunggang agama ni bila aku mengkritik kerajaan Kelantan dari segi teknikal kerana terlalu banyak sangat meluluskan projek ladang hutan yang menyebabkan hampir 199,000 hektar Hutan Simpanan Kekal di Kelantan bakal musnah untuk dibalak secara habis (cuci mangkuk) untuk pembukaan ladang getah. Selain itu banyak berlaku aktiviti pembalakan di sana yang tak ikut peraturan (SOP) sampai membuatkan orang-orang Asli merana.
Tapi apa yang mereka balas kepada aku bukanlah jawapan yang profesional sebaliknya aku dituduh pula ada agenda untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan nak sangat tengok Islam musnah. Hahaha..
Jangan nafikan kewujudan penunggang agama dalam kehidupan seharian kita.
Saban hari ramai je orang yang tak bertanggungjawab menunggang agama untuk pelbagai tujuan termasuk mengorat perempuan, melariskan jualan, guna agama untuk menjatuhkan orang lain, mengaut kekayaan dgn jalan tak bermoral, menutup perbuatan jahat dengan berkesan, mendapatkan undi dan bermacam lagi perbuatan jahat yang ingin dihalalkan atas nama "Demi Melayu dan Demi Islam".
Sebab tu aku tak mudah nak percaya dgn perjuangan sentimen perkauman dan agama secara membuta tuli ni. Silap hari bulan kita boleh angkat orang jahat dan korup untuk jadi pemimpin disebabkan sentimen ini.
Sesungguhnya tidak salah untuk kita berimej agama, berdakwah dan berhujah tentang agama di khalayak ramai. Tapi fokuslah pada nilai, isi dan perlaksanaannya, bukan sekadar cakap kosong dan slogan semata-mata.
Kita kena jujurlah dengan diri sendiri, apa yang kita cakap itu kena selari dengan apa yang kita laksanakan [QS Al-Shaff: ayat 2-3].
Kalau kita rasa kita masih tak mampu nak buat baik pun dan masih jahat, janganlah jadikan agama sebagai perisai untuk menghalalkan kejahatan kita.
Lagi teruk, bila mengaku diri kita sorang ja la yang paling beragama dalam muka bumi, orang lain semua jahil dan lekeh belaka. Mengkritik kita umpama mengkritik agama.
Kesimpulannya, orang yang menjadi musuh sebenar agama adalah penganut agama itu sendiri bilamana dia merosak dan melacurkan agama untuk menghalalkan kejahatannya - sampai tahap orang melihat agama itu pula yang korup dan menganjurkan kejahatan.
Sesungguhnya di akhirat nanti hanya Allah yang akan menjadi saksi siapa hambaNya yang benar-benar baik dan siapa yang benar-benar munafik.