t>

Breaking News

Orang Luar Tak Payah Menyibuk Hal Johor - TMJ.

Ada sebuah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar di mana mereka mendesak agar status Pulau Kukup sebagai taman negara dikekalkan seperti asal. Baru 3-4 hari yang lepas, saya telah menaikkan surat dari kerajaan Johor yang turut ditandatangi DYMM Tuanku Sultan yang mengatakan bahawa ia akan diletakkan di bawah Enakmen Sultanate Land tetapi ia tetap terus kekal sebagai Taman Negara Johor. Tiada perubahan mengenai kegunaan dan perlindungan terhadapnya. Apa yang masih tidak faham?


Ini adalah negeri Johor, dimana terdapat perlembagaan yang telah wujud sebelum Malaysia dibentuk. Oleh itu di Johor ada caranya yang tersendiri.

Pertama sekali, sebagai orang luar anda tidak payah menyibuk mengenai hal negeri Johor. Kedua, tidak kira apa kenyataan atau surat yang dikeluarkan, anda tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengatasi Perlembagaan Negeri Johor. Satu-satunya yang boleh mengubah perlembagaan ialah Sultan. Surat yang dikeluarkan oleh negeri Johor jelas bahawa Pulau Kukup akan tetap dilindungi sebagai 'National Park'.

Jangan pergunakan isu ini sebagai helah untuk mengalihkan perhatian kerana anda tidak 'perform'. Itulah sebabnya saya katakan sejak dari dulu lagi, beri tumpuan kepada kemajuan negara. Tidak payah nak sibuk bergaduh sana sini.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor