Foo Sing Wai Memang Suka Sebar Perkara Karut Dan Fitnah Di Facebooknya.
Tiba-tiba nama Foo Sing Wai menjadi terkenal diseluruh negara berikutan tindakannya yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam satu status bergambar menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.
Perkara itu kemudiannya mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh Malaysia dan lebih dari 300 laporan polis dibuat supaya tindakan tegas diambil ke atas lelaki itu.
Mufti Perak juga mengesa kerajaan mengambil tindakan ke atas Foo.
Polis kemudiannya dilaporkan telah menahan Foo yang berusia 68 tahun bagi membantu siasatan dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya.
Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zuhdin Mahmud berkata lelaki itu ditahan di rumahnya di sebuah taman perumahan di Mentakab, Temerloh, pada 11.30 pagi ini.
"Suspek akan dihantar ke Johor memandangkan laporan polis dibuat di Batu Pahat," katanya kepada wakil wartawan.
Menyelusuri akaun Facebook milik Foo, didapati beliau memang suka menyebarkan perkara karut lagi mengaibkan. Seperti orang tua yang tidak tahu membezakan perkara benar dan salah, fakta dan auta, palsu dan fakta.
Gambar palsu dan super impose Najib makan bersama Altantuya juga disebarkan seolahnya gambar tulen dan beliau benar-benar mempercayainya..
Dan pautan-pautan yang berkongsikan cerita tidak benar juga Foo kongsikan di Facebooknya.
Sebenarnya orang bersikap seperti Foo agak ramai terutamanya warga emas, kerana dikalangan mereka tidak semuanya cakna dengan perkembangan teknologi. Ada diantara mereka yang tidak tahu satu-satu gambar boleh diedit juga. Kelakar pada anda TETAPI TIDAK KELAKAR sebenarnya pada mereka kerana BUTA TEKNOLOGI.
Ada baiknya jika kerajaan sedia ada memberikan sedikit komitmen untuk mendidik netizens agar hanya berkongsikan maklumat sahih dan jangan sesekali menggunakan Facebook untuk menyebarkan sentimen perkauman dan provokasi keagamaan.