t>

Breaking News

Walaupun Dah Minta Maaf, Hospital Pantai Tetap Diboikot Kerana Dianggap Menipu.

"Meletakkan kesalahan kepada kakitangan adalah perbuatan keji," itulah antara respon netizens yang mempertikaikan kenyataan maaf Hospital Pantai Sungai Petani.

Perkara itu timbul apabila netizens mempersoalkan tindakan pihak hospital itu yang mengutamakan biasiswa kepada semua kaum kecuali melayu.

"Biasiswa penuh, mohon sekarang. Tarikh temuduga 28 Mac. Ketahui lebih lanjut di website," kata pentadbir halaman itu pada 8 Februari lepas.





Iklan mengenai biasiswa itu juga dikeluarkan dalam bentuk banner dan diletakkan di perkarangan hospital.

Selepas dikecam sebagai rasis, pihak hospital menarik semula iklan tersebut dan membuat permohonan maaf.


"Kami sangat kesal dengan kandungan yang tak sepatutnya berada dalam sepanduk biasiswa.

Banner itu diletakkan oleh kakitangan kami tanpa kelulusan dan tidak mencerminkan nilai organisasi kami.

Sebaik menyedari kesalahan, perkara itu telah dibetulkan dengan serta-merta. Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan ini dan memberikan jaminan ia tidak akan berulang lagi.

Di Hospital Pantai, kami membawa dasar pekerjaan yang adil dan tidak mengamalkan apa-apa dasar yang prejudis kepada bangsa dan agama tertentu.

Dengan ini kami meminta maaf atas apa yang terjadi," kata pentadbir halaman itu dalam satu kenyataan.

Namun kenyataan itu tidak dapat mendiamkan netizens yang beranggapan pihak hospital telah melakukan penipuan.

Berikut hujah mereka;

1. Membuat banner atau apa-apa sepanduk tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran dari pihak atasan.

2. Kerana ia memerlukan kos. Contohnya rekaan grafik memerlukan kos dan masa, hantar cetak, memerlukan kos dan masa. 

3. Banner di atas talian juga melalui proses yang sama. Seorang kakitangan biasa tidak boleh melakukan semua perkara di atas tanpa kelulusan. 

4. Jika boleh, ini bermakna tahap keselamatan di hospital anda terlalu lemah. 

5. Tindakan itu adalah untuk menutup kesilapan dan kecuaian pihak hospital yang enggan mengakui salah.

6. Banner baru yang dinaikkan juga membawa aspirasi yang lebih kurang sama dengan banner lama. Cuma taktik dan strategi digunakan supaya ia nampak samar-samar.


Antara respon netizens;
 
Alana Safwa : Bukan chinese, indian and christians preferred ke? Sudah lah! Even iklan ni takde letak pun masa interview korang reject je candidates melayu muslims. Tak payah lah berdrama lagi.

Abi Syafi Suffian : Hi Pantai Hospital SP. I believe you might scroll all the " bawangs" here. Just to let you know. I've applied positions at Pantai Hospital SP twice and without calling for interview Ive get rejected due to you've all ready had shortlisted candidate..

I might be not the best candidate, but, at least with my 8 years experience in healthcare I believe I should be in the interview candidate.

But, now I know the reason..

Mohd Nor Ikhsan : Eh pusing bahasa lak. Sama je. Ini malaysia.. mandarin or tamil tu tak perlu. Only Bahasa Malaysia and english .


Mohd Zahidfullah Abd Razak : Diaorang tak suka orang Islam dan orang melayu dapat biasiswa..

Orang tak sudi kat kita..

Tak payahlah kita terhegeh-hegeh cari diaorang..

Cari hospital lain yang nakkan kita..

Rizal Mohd : “Ability to speak in other languages (apart from bahasa melayu and english) is a plus point” is also a form of discrimination, let’s not forget that. Shame on you.


Pihak hospital bagaimanapun tidak memberikan apa-apa kenyataan susulan meskipun menerima respon balas yang negatif di sosial media. - 21 Februari 2019.