t>

Breaking News

"Gaji Mufti Bidaah Tak? Nabi Tak Makan Gaji", Antivaksin Serang Mufti Kaw-Kaw.

Prochoice ataupun kumpulan antivaksin semakin berkembang di Malaysia. Disebabkan kumpulan ini semakin membiak, maka penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak, contohnya kes penyakit demam campak, daripada 195 kes pada tahun 2013 kepada 1,934 kes pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 891.8% bagi tempoh 5 tahun! 

Dalam jumlah tersebut, kes demam campak yang tiada imunisasi meningkat daripada 125 kes pada tahun 2013 kepada 1,467 kes pada tahun 2018. 

Begitu juga menurut Kementerian Kesihatan, pada tahun 2018, terdapat enam rekod kematian demam campak di mana semuanya akibat tiada imunisasi, lima kes kematian berpunca daripada difteria dan empar daripadanya akibat tiada imunisasi, manakala 22 kematian akibat batuk kokol, di mana 19 kes daripadanya akibat tiada imunisasi.

Perkembangan yang membimbangkan itu menyebabkan Bayan Lynas memutuskan KKM perlu mewajibkan pengambilan vaksin ke atas semua pihak atas alasan menjaga kesihatan.


Bagaimanapun tidak semua pihak menyambut baik akan keputusan Mufti Wilayah Persekutuan itu.


Terutamanya kumpulan anti vaksin.

Sesetengah dari mereka mula mempertikaikan peranan dan kredibliti mufti-mufti di Malaysia dalam mengeluarkan hukum.

Gaji bidaah tak?



Mufti keluarkan fatwa kerana dibayar upah sebagai pengeluar fatwa


Mufti syaitan bisu sedang mempertahankan jawatan..




Bukan sahaja tidak menerima hujah dari sudut sains dan agama, sesetengah ahli kumpulan anti vaksin ini juga beranggapan vaksinisasi merupakan agenda yahudi untuk menguasai umat Islam. 

Untuk rekod, yahudi juga menerima vaksin sebagai sebahagian dari langkah menjaga kesihatan - 20 Februari 2019.