Jom Boikot Fake Braces.
Oleh : Mohd Khairul Izwan
JOM BOIKOT FAKE BRACES
Rawatan orthodontik yang dilakukan oleh doktor gigi bertauliah di klinik pergigian yang berdaftar bertujuan untuk memperbaiki susunan gigi yang tidak rata bagi mengembalikan fungsi serta memperbaiki penampilan yang tidak normal.
Sedangkan fake braces pula adalah suatu perniagaan yang mengutamakan keuntungan semata-mata.
Apabila ianya merupakan suatu perniagaan, bermakna akan ada prinsip “penawaran dan permintaan”.
Penawaran yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan tidak akan mendapat sambutan jika ianya tidak mendapat permintaan daripada pelanggan.
Oleh itu sebagai pengguna, tunaikan hak anda dengan tidak mendapatkan perkhidmatan daripada mereka yang menyediakan fake braces ini agar perkhidmatan ini tidak semakin berkembang dan mengambil kesempatan ke atas lebih ramai orang. Tunaikan hak anda dengan memboikot mereka!
Sebaliknya, dapatkanlah rawatan di klinik pergigian yang berdaftar. Rawatan di klinik pergigian yang berdaftar walaupun mahal tapi ianya boleh dibayar secara angsuran. Bukan dibayar sekaligus sampai beribu-ribu ringgit.
Yang penting ianya selamat!
Jadilah pengguna yang bijak dan lebih cakna terhadap kesihatan gigi anda.
Semoga bermanfaat!