Penjelasan Dalam Susu Ibu Ada Aluminium.
Dalam susu ibu pun ada aluminium! Itulah yang dijelaskan oleh Dr Musa Mohd Nordin, Pakar Perunding Pediatrik ketika berbahas dengan Dr. Nurul Huda yang pro anti vaksin di saluran TV Alhijrah baru-baru ini.
Bagaimanapun hujah itu nampaknya telah disalahanggap oleh sesetengah makcik bawang yang mengikuti perbincangan itu.
Kami bukan robot, mulut jangan cakap lepas!
Kenyataan itu dijawab dengan baik oleh Che Puteh Osman bagi membetulkan tanggapan salah sesetengah pihak mengenai aluminium dalam susu ibu.
Oleh : Che Puteh Osman
Korang janganlah bayangkan aluminium dalam susu ibu macam tin susu tu. Aluminium yang kita cakap ini adalah garam aluminium. Kalau garam aluminium dalam gred analitikal makmal, warna dia putih macam gambar ketiga.
Gambar kedua adalah kandungan garam aluminium dalam susu ibu di hari-hari awal kelahiran. Kandungannya antara 20-70 nanogram per ml. Kalau bayi minum sehari 30 ml maknanya dia telah minum sekitar 600 sehingga 2100 nanogran aluminium bersamaan 0.6-2.1 mikrogram. Kalau sehari 300 ml bersamaan 6-21 mikrogram. Kalau dua tahun? Sila kira sendiri ye.
Dalam vaksin pula hanya ada 0.5 mg satu suntikan bersamaan 500 mikrogram. Vaksin apa yang ada aluminium? Bukan semua vaksin.
Tahukah anda air terawat di Malaysia mengandungi Aluminim sekitar 200 mikrogram per liter? Bayangkan anda buat susu untuk anak anda. Dalam 100 mL terdapat sekitar 20 mikrogram Aluminium.
Belum ambil kira pendedahan aluminium dari sumber lain.
Rujukan :
Chao HH, Guo CH, Huang CB, Chen PC, Li HC, Hsiung DY, et al. Arsenic, cadmium, lead, and aluminium concentrations in human milk at early stages of lactation. Pediatr Neonatol 2014;55:127e34.
Nurul Hafiza Ab Razak, Sarva Mangala Praveena, Ahmad Zaharin Aris, Zailina Hashim (2015). Drinking water studies: A review on heavy metal, application of biomarker and health risk assessment (a special focus in Malaysia), Journal of Epidemiology and Global Health, 5 (4), 297-310,