Wajarkah Masjid Anjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.
Oleh : Firdaus Wong Wai Hung
Wajarkah Masjid Anjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
Saya menerima banyak mesej meminta saya mengulas tentang satu isu yang sedang tular sekarang iaitu rumah terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan di kawasan masjid. Isu ini bukan perkara straight forward kerana ada beberapa perincian yang perlu kita lihat.
Apatah lagi saya sendiri pernah dijemput untuk bersama dalam program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Masjid dan NGO di masjid. Beberapa perkara yang kita perlu fahami sebelum saya mengulas lanjut;
1. Saya menghormati pandangan mereka yang mengatakan haram untuk menyambut Tahun Baru Cina (TBC) kerana menurut mereka TBC adalah perayaan keagamaan dan bukannya kebudayaan.
2. Saya juga memahami kenapa ada di kalangan Muslim yang menentang sambutan Tahun Baru Cina di masjid.
3. Usaha pelbagai pihak baik dari NGO, masjid dan Majlis serta Jabatan Agama Negeri untuk menganjurkan program sebegini sebagai uslub dakwah juga harus dipuji.
4. Pihak NGO, masjid hatta Jabatan serta Majlis Agama memiliki alim ulamak untuk memberikan nasihat kepada mereka apakah yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Berikut adalah pendapat saya yang sahabat-sahabat boleh terima dan tolak tetapi persaudaraan sesama Muslim serta adab dalam perbezaan mestilah dijaga.
1. Adakah wajar masjid & surau anjurkan rumah terbuka TBC?
- Dalam kajian kami, TBC adalah perayaan kebudayaan semata-mata walaupun tidak dinafikan ada tokok tambah aspek agama Taoism, Confucianism & Buddhism di dalam TBC moden tetapi setakat kajian kami, asal usulnya masih kerana budaya bukan kerana agama. Maka tiada masalah untuk melakukan program di kawasan masjid tetapi beberapa perkara mungkin perlu diperhalusi atau ditiadakan.
A) Tidak diadakan di dalam dewan solat masjid. Kebiasaannya program sebegini diadakan di perkarangan masjid sahaja. Masjid Sirajuddin Al-Anwar, Batu Belah, Klang adalah masjid yang aktif dakwah mereka dan saya kenal baik dengan Haji Ayyub. Mereka tahu Do’s & Dont’s nya.
B) Disediakan kain sarung atau jubah untuk pelawat yang ingin melawat dewan solat.
C) Berhati-hati dalam pemilihan lagu Tahun Baru Cina kerana ada lagu yang berunsur khurafat dan syirik!
D) Tidak dijemput tarian singa & tarian naga kerana dalam kajian kami, tarian singa & naga ini di dalam bangsa Cina adalah bertujuan menghalau roh jahat dan membawa ‘Ong’ (rezeki). Mereka yang berbeza pendapat dengan kami, kami raikan perbezaan sahabat semua cuma kami lebih cenderung kepada tiada tarian singa dan tarian naga. Boleh baca lanjut di sini > https://askislam.me/…/19/sejarah-tarian-naga-dan-tarian-si…/
E) Tiada upacara Yee Sang kerana upacara Yee Sang atau ‘Lou Hei’ di mana Yee Sang dilambung ada beberapa unsur yang kami kurang selesa akan asal usulnya. Kaki hormat pegangan dan pendapat sahabat lain dalam isu Yee Sang jikalau mereka memilih untuk terlibat. Secara peribadi, saya memilih tidak melibatkan diri. Boleh baca lanjut kajian kami di sini > https://askislam.me/…/25/apa-kaitan-dewi-nuwa-dengan-yee-s…/
F) Ahli kariah dan jemaah masjid telah diberikan taklimat dan pencerahan oleh AJK tentang tujuan dan kaedah pelaksanaan program bagi mengelakkan salah faham dan kekecohan pada hari program berlangsung.
G) Penerangan tentang agama Islam agama yang haq perlu dilakukan kerana saya dapati, kerap kali penganjuran program begini lebih kepada ingin memberitahu kepada masyarakat Cina Belum Muslim bahawa walaupun seorang Cina telah memeluk Islam, mereka masih berbangsa Cina dan masih boleh meraikan TBC. Masyarakat Belum Muslim yang hadir akan pulang dengan perut yang kenyang tetapi kesedaran bahawa mereka juga perlu menyembah Allah sahaja tanpa mempersekutukanNya serta Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah perlu juga disampaikan kepada mereka.
H) Jangan diadakan terlalu besar sehingga sambutan Aidil Fitri dan Aidil Adha kita di masjid kelihatan seperti sambutan yang kecil dibandingkan dengan sambutan TBC.
KESIMPULAN
Kami berharap bahawa program sebegini dapat merapatkan ukhuwah dan persefahaman di antara masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Selain itu kami berharap program sebegini bukan sahaja ‘One-Off’ tetapi pihak masjid dan NGO yang terlibat terus berdakwah dan menyantuni masyarakat Belum Muslim sepanjang tahun untuk mendekatkan mereka kepada Islam agar mereka dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.
Sekali lagi saya tegaskan, ini pandangan peribadi saya yang sahabat-sahabat boleh terima dan tolak tetapi jagalah persaudaraan Islam kita dan adab dalam perbezaan pendapat itu dijaga. Wallahualam. Semoga Allah mengampunkan kesilapan dan kekurangan saya dalam ulasan kali ini. Allahuma Ameen