Kebenaran Terdedah, Rupanya CEO Nazrin Hassan Dibunuh, Bukannya Mati Kerana Caj Telefon..
Oleh : Syahril A. Kadir
SIASAT PUNYA SIASAT, BINI SENDIRI....
Akhirnya setelah sekian lama siasatan berjalan, sampai post mortem kena buat berulang, kubur kena gali balik - isteri serta dua anak tiri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Allahyarham Nazrin Hassan sebentar tadi dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan membunuh mangsa pada Jun tahun lalu.
Sebelum ini mangsa dikatakan mati kerana telefon bimbitnya disyaki meletup sewaktu sedang dicaj.
Selain Samirah Muzaffar, 44, turut didakwa dua anak lelakinya yang berusia 13 dan 16 tahun .
Samirah yang juga bekas Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dua anaknya yang memakai pakaian seragam sekolah itu mengangguk faham dan tenang di dalam kandang tertuduh.
Turut kelihatan di galeri awam, puluhan ahli keluarga tiga beranak itu, termasuk penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang hadir dengan berkerusi roda di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi memberikan sokongan.
Mengikut pertuduhan, tiga beranak itu didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas Eka Wahyu Lestari, warga Indonesia, dengan niat bersama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Nazrin, 47, di kediamannya di Mutiara Homes, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi, 14 Jun 2018.
Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati, jika disabit kesalahan.
Pada 14 Jun tahun lalu, Nazrin yang ketika itu berusia 47 tahun ditemui maut dalam kejadian kebakaran di bilik di rumahnya.
Bagaimanapun, siasatan mendapati bahawa Allahyarham sudah meninggal dunia terlebih dahulu selain hasil bedah siasatan mendapati terdapat kesan melecur di beberapa bahagian di bahagian tubuh serta DUA KESAN LUBANG atau kecederaan pada bahagian kiri kepala mangsa.
Apapun polis dah jalankan siasatan, suspek telah didakwa, kita tunggulah di mana pengakhiran kes ini....again, one is considered innocent unless proven guilty.
" Maxim ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat "