PAS, UMNO Hijack Ceramah Agama, Itulah Punca Majlis Dibatalkan Bukan Kerana Anti DUKE Dan PU Rahmat Kata Saksi.
Ceramah agama itu telah dihijack oleh PAS dan UMNO!. Demikianlah penjelasan yang viral di sosial media ketika ini bagi menjawab tuduhan kononnya kerajaan Johor telah menghalang majlis ilmu.
Menurut penjelasan tular itu, Ceramah Perdana yang menjemput DUKE dan PU Rahmat berlangsung dengan baik di tempat-tempat lain tetapi terdapat sedikit masalah di lokasi Parit Tengah, Ayer Hitam Johor, kerana secara tiba-tibanya UMNO dan PAS telah mengambil alih pengurusan program itu dengan memacak bendera UMNO dan PAS serta memasang kain rentang yang ada logo parti mereka.
Bahkan beberapa gambar turut disertakan bagi membuktikan dakwaan itu.
Disebabkan itulah majlis tersebut terpaksa dibatalkan kerana ia telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.
Penjelasan itu disebarkan oleh pentadbir halaman Facebook Pro Johor di laman sosial sejak petang tadi.
Berikut adalah penjelasan penuh mengenai kejadian tersebut;
UMNO DAN PAS MAIN POLITIK KOTOR ATAS NAMA 'CERAMAH AGAMA' UNTUK BURUKKAN KERAJAAN?
Terdesak! Sempit! Keji!
Itulah kata-kata yang boleh ditujukan kepada UMNO dan PAS Bahagian Ayer Hitam yang dipimpin oleh YB SAMSOLBARI.
Wakaf An-Nur ada menaja satu program Ceramah Perdana Wakaf Melahirkan Keluarga Sakinah yang menjemput Ustaz Kazim Elias dan PU Rahmat.
Siri ceramah ini merupakan satu siri ceramah jelajah seluruh Malaysia.
Ia telah dijalankan di banyak tempat seperti Taman Kosas Ampang, Segambut Dalam, Presint 11 Putrajaya, Ketari Bentong, MITC Melaka, Sungai Buloh, Shah Alam Selangor, Hulu Langat Selangor, Alam Damai Cheras, Taman Ehsan Jaya Johor, Taman Seri Saujana Kota Tinggi Johor dan banyak lagi.
Program telah berjalan dengan lancar tanpa campur tangan mana-mana parti politik.
Namun begitu, apabila tiba giliran sesi ceramah di Parit Tengah, Ayer Hitam Johor, tiba-tiba ketika beberapa jam sebelum program berlangsung, UMNO dan PAS telah mengambil alih pengurusan program ini dengan memacak bendera UMNO dan PAS serta memasang kain rentang yang ada logo parti mereka.
Ini satu perbuatan yang keji dengan cara mempolitikkan satu program ceramah agama yang sepatutnya bebas dari unsur-unsur politik.
Bukankah program ceramah perdana ini ditaja dan dianjurkan oleh Wakaf An-Nur untuk memberi manfaat kepada masyarakat?
Tiba-tiba mereka melemparkan tuduhan kepada Kerajaan Negeri Johor yang memberi arahan supaya program ini diberhentikan?
Apa tujuan mereka? Sengaja mencetuskan provokasi untuk memburukkan Kerajaan Negeri Johor?
Begitu jahat sekali politik mereka apabila mereka dengan sengaja mengambil alih satu program ceramah agama dan menuduh Kerajaan Negeri yang membatalkan program tersebut?
Kita ada bukti gambar bagaimana mereka telah meletakkan logo parti mereka pada kain rentang dan juga memacak bendera di sekitar program berlangsung.
Bahkan, kita juga ada bukti rakaman video di mana ucapan aluan menyebut senarai tetamu VIP dari kalangan pemimpin parti UMNO dan PAS Bahagian Ayer Hitam.
Ambil alih program Wakaf An-Nur, buat seolah-olah macam program anjuran mereka dan kemudian batalkan program utk cetuskan provokasi serta kontroversi?
Sebagai penaja dan penganjur, Wakaf An-Nur sama sekali tidak tahu perancangan keji UMNO dan PAS ini. Bahkan penceramah Ustaz Kazim Elias dan PU Rahmat pun sudah tentu tak nak program ceramah mereka dipolitikkan.
Jahat sungguh politik seperti ini.
Yang jadi mangsa adalah masyarakat yang hadir untuk mendengar ceramah perdana tersebut. Datang bersusah payah dan terpaksa melihat lakonan busuk pemimpin UMNO dan PAS yang dah habis modal?
Siri ceramah perdana ini bukan pertama kali berlangsung. Jika di tempat lain program ini boleh berjalan dengan lancar, tapi kenapa bila sampai di Ayer Hitam Johor, UMNO dan PAS telah mempolitikkan program ini.
Jangan baling batu sembunyi tangan wahai YB SAMSOLBARI.
Nak tanya pada YB SAMSOLBARI, bukankah masa hari kejadian YB dapat berceramah sampai pukul 11 malam di situ?
Siapakah yang mengumumkan program tersebut batal? Bukankah YB SAMSOLBARI sendiri yang batalkan?
UMNO dan PAS bertanggungjawab kepada kesusahan orang kampung yang bersusah payah datang nak dengar ceramah.
Sampai bila UMNO dan PAS nak main politik kotor seperti ini?. - 2 Mac 2019.