t>

Breaking News

Netizens Puji Kecekapan Jacinda Tanggani Krisis, Kritik P.WaythaMoorthy Sebagai Gagal.

Tular di sosial media pujian kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardens mengenai kecekapan beliau dalam menguruskan krisis keganasan yang berlaku di Christchurch pada jumaat lepas.


Rata-rata netizens Malaysia memuji Jacinda bersikap tenang, damai dan tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Pujian itu ditulis oleh social media influencer yang terkenal, Akhi Fairuz dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Dikongsikan lebih dari 600 kali setakat ini, apa yang menariknya, beliau sempat membandingkan dengan sikap P.Waytha Moorthy dalam menguruskan krisis rusuhan kuil baru-baru ini sehingga mengorbankan seorang anggota bomba yang datang untuk memberikan bantuan.

Menurut individu, kekaguman dan pujian terhadap Jacinda dalam tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan tanpa memahami insiden sejelasnya dari pihak berkuasa adalah tindakan tepat.

Selepas mendapatkan penjelasannya sepenuhnya dari pihak berauthoriti barulah Jacinda tampil sekali lagi dalam sidang media untuk memberikan kenyataan.

Berikut adalah penulisan oleh Akhi Fairuz;


PM New Zealand sangat profesional!

Setelah serangan pengganas yang mengorbankan nyawa puluhan muslim di sana, Jacinda Ardern telah buat 2 kali press conference (PC).

Ketika PC yang pertama, beliau belum dapat maklumat yang menyeluruh. Jadi, beliau tak kondem sesiapapun dalam hal ini.

Dalam PC yang kedua, ternyata beliau telah memperoleh info dari pihak berkuasa. Beliau terus sebut serangan berkenaan dilakukan oleh terrorist. Beliau minta rakyat New Zealand tolak fahaman ini.

Katanya lagi, negaranya juga tidak boleh menghalau pendatang kerana mereka datang ke New Zealand untuk berlindung.

Beliau tambah lagi, negara kiwi berkenaan menjadi fokus serangan kerana meraikan kepelbagaian dan menolak rasis. Mereka memiliki 100 lebih bahasa, hidup harmoni, meraikan perbezaan budaya dan adat secara matang.

Bila beliau sebut semua ini, teringat pula dengan Waytha Moorthy. Berbeza betul Menteri Perpaduan kita ni handle kes. Awal-awal lagi dah salahkan pihak polis. Akhirnya mengorbankan anggota bomba yang kita sayangi, Allahyarham Adib.

Apa-apapun, kita wajib tolak keganasan, walau si pelaku beragama apa sekalipun. Semoga Allah masukkan rakan-rakan kita ke syurga dan diangkat sebagai syuhada. Amin.

-------------------------

"What has happened in Christchurch is an extraordinary act of unprecedented violence. It has no place in New Zealand. Many of those affected will be members of our migrant communities – New Zealand is their home – they are us.

The person who has committed this violent act has no place here.

To those in Christchurch; I encourage you to stay inside and follow the instructions of New Zealand Police. The Police Commissioner will be making a public statement at 5pm. I will update everyone again later this evening." - 17 Mac 2019.