t>

Breaking News

Berak Kat Pantai Menyalahi Undang-Undang Kata Polis.

Polis daerah ini memandang berat maklumat yang tular di media sosial mengenai perbuatan seorang pelancong asing wanita didakwa buang air besar di pantai Batu 5 di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, perbuatan itu jika benar berlaku merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

"Kami maklum mengenai maklumat yang tular tersebut, tetapi tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung insiden itu setakat ini.

"Kami minta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil menyalurkannya kepada pihak polis,"
katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

 




 
Aidi Sham berkata, orang ramai yang berkunjung ke Port Dickson diminta menghormati sensitiviti masyarakat setempat dan menjaga kebersihan daerah ini.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang melihat berlaku perlakuan tidak senonoh di Port Dickson supaya segera melaporkannya kepada pihak polis untuk diambil tindakan.

Kelmarin, seorang pengguna Facebook memuat naik gambar didakwa memaparkan seorang pelancong asing wanita didakwa dari China buang air besar di pantai Batu 5.

Gambar itu menerima kecaman netizen Malaysia yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan dan tidak menghormati pengunjung lain pantai tersebut.

Sumber : Kosmo Online