t>

Breaking News

#Coronavirus Penjelasan Shopee Dan Lazada Berhubung Penghantaran Barang Dari China Ke Malaysia.

SEMASA | Sejak tularnya berita berkenaan wabak #coronavirus yang melanda wilayah Wuhan, terdapat pihak yang menyatakan perasaan sangsi terhadap parcel-parcel yang diposkan dari negara China ke Malaysia.

Adakah wabak itu boleh berjangkit dari barang/item ke manusia?


Apakah status kebersihan, keselamatan dan kesihatan barang-barang yang diposkan dari China itu?

Menurut Dr. Suhazeli, beliau telah mendapatkan respon dari Shopee, dan berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Shopee kepadanya.

"Penjelasan Shoppe.


Terima kasih atas penjelasan yang boleh menenangkan orang ramai dari @ShopeeMY.

Virus 2019-nCov tidak boleh kekal lama di persekitaran dan barangan yang tidak bernyawa. Lain lah jika awak order ular, kelawar dan seumpamanya (jika ada la - saya tambah).

Pihak mereka telah, sedang dan akan mengikut tatacara pencegahan yang disarankan dengan rapi. Barangan tu dimasukkan dulu dalam warehouse yang dijalankan penyahkuman setiap hari.

Malah setiap pekerja dalam tu, diperiksa teliti sebelum masuk warehouse. Mereka juga wajibkan pakai topeng muka dan cuci tangan sebelum pegang barangan itu.

Pihak mereka juga beri keyakinan bahawa akan senantiasa memantau apa-apa perkembangan berkaitan dan mengambil tindakan wajar bagi menjamin mutu keselamatan barangan tersebut.

Jangan takut atau bimbang. Barang anda bebas dari Coronavirus atau seumpamanya,"
tulis Dr Suhazeli di Facebooknya pada Selasa.


Bagaimana pula dengan LAZADA?


LAZADA belum lagi mengeluarkan kenyataan mengenai cara pihak LAZADA menguruskan keselamatan item yang akan diposkan kepada pembeli.


Namun LAZADA memaklumkan kepada pembeli bahawanya terdapat sedikit kelewatan penghantaran bagi pembelian di China berikutan wabak wuhan.


LAZADA telah mengenakan sekatan ke atas semua pembelian dari China ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

LAZADA juga memberikan jaminan semua pembelian dari China akan tetap tiba meskipun lewat dari jadual yang dianggarkan sebelum ini namun jika ada mana-mana pembeli yang mahu membatalkan pembelian dibolehkan berbuat demikian.

Ini katanya, bagi pembeli yang tidak mahu menunggu lama bolehlah proses kepada cancel order dan seterusnya menuntut pembayaran semula mengikut SOP. - 28 Januari 2020.