t>

Breaking News

Ditertawakan Bodoh, Zed Zaidi Masih Tak Padamkan Tweet #FakeNews.

Hiburan | Kerana menyebarkan berita palsu, Zed Zaidi kini diserang netizens.

"Duduk malaysia pun tak selamat terpaksa pakai tutup hidung ni 24 jam dari influenza ke conovirus plak lepas ni tak tau apa bala lagi nak turun. Mesti Malaysia ada buat benda2 tak baik ni... hmmm aku rasa rakyat ja yang tau..," ciap Zed Zaidi pada Isnin.

Ciapan Zed Zaidi itu menjadi kontroversi berikutan beliau turut menyebarkan gambar fake news dalam kicauan tersebut.

 
Zed Zaidi kemudiannya menjadi sasaran serangan dan sindiran netizens di Twitter.



Sungguhpun menerima kecaman yang teruk, sehingga ke saat ini Zed Zaidi masih mengekalkan kicauan tersebut di Twitternya.

Di Facebooknya turut mengekalkan post yang sama.

Beberapa netizens dilihat telah tandakan PDRM dan SKMM di post tersebut bagi memberikan desakan kepada Zed Zaidi untuk memadamkan gambar itu.

Sebagai rekod, breakingyourownews adalah sebuah meme yang terkenal untuk membuat tajuk berita sendiri. - 28 Januari 2020.