t>

Breaking News

Dek #FakeNews #Koronavirus, Orang Meninggal Pun Jadi Bahan Fitnah Netizens Bawang.

VIRAL | Walaupun ditegur berkali-kali dengan amaran tegas dari SKMM dan PDRM, netizens bawang nampaknya tidak takut.

Satu lagi fake news disebarkan oleh kumpulan itu, kali ini yang menjadi mangsa adalah seorang gadis yang berusia 20 tahun.


Arwah yang dikenali dengan nama Nur Izzah didapati meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di sebuah kedai yang dikatakan terletak di Shah Alam.

"Allahuakbar.. Terima kasih sahabat-sahabat yang prihatin wasap dan bertanya khabar juga cakna dengan video viral ni.


Masyallah anak sedara saya ni tiba-tiba rebah ketika sedang membeli barang di tempat kerja beliau.


BUKAN KERANA VIRUS CORONAVIRUS. HATI-HATI MENYEBARKAN APA YANG ANDA TIDAK PASTI.

POST MORTEM ARWAH mengatakan beliau mati mengejut. Mudah arwah di jemput. Bukan kerana virus. Tolong perbetulkan.


Post mortem arwah dari Hospital Besar Kelang baru dikeluarkan pagi tadi.

Alhamdulillah ramai yang hadir solat jenazah beliau selepas zohor tadi.

Alfatihah buat anak saudaraku
Nur Izzah Izzati bt Norazlan,"
tulis Art Fever Hafiz Rusidah.


Facebooker itu mendakwa beliau adalah bapa saudara kepada Nur Izzah.


Rakaman video ketika arwah Nur Izzah rebah secara tiba-tiba menjadi tular di laman sosial dengan dakwaan gadis itu maut kerana jangkitan #koronavirus.

Ahli keluarga menafikan dakwaan tersebut dan mahu semua pihak menghentikan tuduhan liar yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. - 28 Januari 2020.