t>

Breaking News

Kawan Baik Mangsa #FakeNews #Koronavirus Mahu Semua Netizens Padamkan Video, Hentikan Fitnah Ke Atas Arwah.

Oleh : Nazirul

Assalamualaikum . Malam ni aku nak bagi detail pasal apa yang jadi berkenaan dengan Allahyarhamah Nurul Izzah Izzati Binti Norazlan. 


Firstly, dia kawan sekerja aku . Secondly, pada hari kejadian arwah tidak bekerja sebab menghadiri majlis pertunangan kawannya. 


Arwah datang ke kedai bersama bapanya Norazlan dalam anggaran jam 4 petang sejurus selepas dia mengambil stock pakaian yang dia jual di ig http://needtowear.co. Dia datang ke kedai sebab dia tertinggal powerbank dan berhajat untuk membeli cable sekali.

Namun dia mengatakan dia sakit kepala dalam keadaan dia sedang membongkok. Dan secara tiba-tiba arwah terus jatuh pengsan dan kepalanya terlangar rak dibelakangnya. 

Kawan-kawan kami yang lain bergegas kearahnya dan memeriksa keadaan izzah. Pada masa itu, izzah mengalami kejutan dan wajahnya dalam keadaan pucat. Bibirnya biru dan pipi kanan arwah pun sama biru. Dan pada waktu kejadian berlaku. 

Aku ada dalam tandas. Aku keluar dan aku pelik sebab sunyi sangat kedai. Rupanya izzah pengsan dan aku tak perasan pun. Yang tu izzah. Sebab diorang semua dah longgarkan pakaian untuk bagi dia ruang dan udara. Supervisor aku pada waktu tu call pihak hospital shah alam. Dan menunggu ambulan datang. 

Aku yang tak nampak wajah izzah tengah pucat buat macam izzah pengsan yang biasa2 je. Up until aku berdiri di kaki arwah, aku tengok badan dia tengah kaku keras kejung pipi pucat bibir pucat biru. Aku cakap dah tak boleh tunggu ambulan. Kene gerak sekarang ! Msu medical centre ada kat depan tu je!

Ayahnya setuju. Aku dan ayahnya angkat izzah dalam kereta ayah dia. Hana (assistant supervisor) ikut sekali. Aku lead the way sebab ayah dia taktau jalan. Sampai di msu medical centre aku tunjuk emergency punya department.

Sampai je kat situ ayah dia panggil nurse untuk bantu. Aku , hana dan ayah dia dukung izzah dari dalam kereta ke atas katil. And tu saat paling sebak bagi aku. Ayah dia dukung dia di bahagian ketiak dan cium pipi arwah sambil cakap “atie bangun lah nak” aku lemah teruk. Sebak on a whole new level. Sakit yang tak pernah aku rasa. Lepas dah selesai pindahkan dia kedalam redzone. Ayah dia serahkan kunci kereta untuk aku alihkan kat parking. Jadi aku setelkan part tu. And hana ke kaunter untuk register izzah as a patient.


Sumpah aku menggigil satu badan. Hana panggil aku sebab dia tanya ada nombor telefon izzah tak. Aku cakap ada. Aku tekan screen fon aku sambil shaking. Sumpah menggigil. Aku takut hilang kawan aku! Perit ya Allah. Supervisor aku bagi rakaman cctv pada waktu arwah jatuh pengsan di whatsapp group kerja kami. Dan selang 5-7 minit, doktor pertama keluar dan mengatakan izzah tak bagi sebarang respon dah dorang tengah buat CPR dan masukkan tiub dalam mulut izzah 😔 

Aku tunjuk rakaman cctv tu dekat doktor. Doktor tanya dia ada sakit ke apa. Kami (aku, hana and ayah izzah) semua cakap dia takda sebarang penyakit yang teruk teruk pun sepanjang dia kerja dengan aku dari bulan 7 tahun 2019 sampai sekarang. Aku dah dapat bad vibes masa tu. Aku duduk di ruang menunggu . Aku bertawassul. Aku doa banyak banyak. Aku mintak kalau pahala aku ada ni boleh bangunkan dia, tolong lah bangunkan. Kalau tak cukup, tolong lah aku nak pikul dosa dia asalkan dia bangun balik! 

And lepas 10 min. Doktor pakar keluar. Dia jumpa ayah izzah dulu. Dia bagitau yang izzah takde harapan. Izzah tak bagi respon apa apa pun. Izzah dah pergi tinggalkan semuanya. And at that particular moment , empangan aku pecah. Aku and hana tak dapat tahan air mata dah. Ayah izzah terima berita tu dengan redha dan sabar. Masih ingat Allah. Sebab dia terus pergi solat asar lepas tanyakan nurse mana surau. Dia nak solat. Tapi aku and hana tak dapat nak tahan. Aku keluar emergency room. Aku nangis teruk. Aku hilang kawan rapat aku.

The one yang salah seorang penghibur kat tempat kerja. The one yang aku anggap macam adik. Kuat merajuk. Aku hilang dia. Aku tak kuat. Fon aku diserbu dengan phone call daripada kawan kawan sekerja. Tanya izzah macam mana? Izzah takde dah weh. Aku sebak yang amat sangat. 

Agak lama jugak sebelum sepupu dan kawan kawan izzah sampai. Jadi aku tunggu je kat situ sampai jam 5 lebih. Sedara mara, kawan kawan dia, boyfriend dia sampai macam semut. Ramai sangat nak tengok dia. Ramai dapat attention dia. Sebelum semua sampai, aku share rakaman cctv tu kepada ayah izzah sahaja. Dan the moment sedara mara dia sampai, ada seorang sepupu dia mintakkan kat aku rakaman cctv tu. Jadi aku bagi disebabkan dia sepupu izzah.

And aku tak pernah expect akan jadi macamni. Aku tak expect yang viral sampai macamni sekali. Macam macam spekulasi yang korang buat kat arwah. Dia kawan aku  Kawan kitorang. Sakit bila korang tuduh dia ada corona virus and so forth. Even indirectly pun still sama!. Kalau tak tahu berita yang sahih, tak boleh ke senyap je? Tak boleh ke nak mind your own business? Without doing some sensitive speculation at the wrong time and place? Sampai ke facebook benda alah ni dibawa. Cukup lah. Arwah dah kat tempat yang baru.

Tolong bagi dia rehat dengan tenang. Tolong sangat sangat. Ni hasil post-mortem yang aku dapat daripada ayah izzah. Dan ni jugak cover report untuk izzah. So please stop simpan video arwah izzah. Aku mohon on behalf of ayah dan keluarga dan kawan kawan aku. Aku mintak sangat sangat. Respect kami sebagai kawan-kawan dan keluarga dia. 

She’s a family to us. Stop spreading the false rumor. Please aku mohon sebarkan thread aku ni. Maaf sepanjang thread ni aku tak pandai cerita. Aku tak pernah buat thread panjang macamni. Thats all.

Oh and just to clarify everything, dia tak pernah ada sakit yang kronik sepanjang dia kerja dengan aku. Never. Langsung tak pernah. Kami retail, 12 jam sehari kerja. 4 hari jumpa satu sama lain. So aku yakin dan bf dia pun bagitau benda yang sama. Thats all. Doakan dia.