t>

Breaking News

Bakar Mercun, Presiden PAS Jadi Bahan Troll Netizens.

SOSMED | Nampaknya hari ini tular dua gambar yang membabitkan Presiden PAS, TG Hadi Awang yang ditroll netizens kerana terlibat dalam aktiviti membakar mercun.

Gambar pertama membabitkan kenyataan Nik Abduh pada tahun 2012. 




Dan gambar kedua merujuk kepada gambar yang dipetik dari halaman Suara Rakyat. 



Kami telah cuba menyemak untuk memastikan kenyataan Mufti Wilayah dilaporkan dari segi konteks yang betul bagaimanapun website pejabat Mufti sedang down (under maintaince).


Adapun yang paling hampir adalah ini : 

https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/posts/1440494836090491

dan ini : http://www.astroawani.com/gaya-hidup/main-mercun-sempena-aidilfitri-memang-seronok-tapi-apa-hukumnya-178340

Bagaimanakan senada, Ustaz Firdaus Wong juga ada membincangkan perkara mengenai pembakaran mercun di halaman Facebooknya pada Sabtu.

Kenyataan Ustaz Firdaus Wong;

"Negara China mengharamkan mercun dan bunga api bersempena dengan Tahun Baru Cina di 400 bandar seluruh China untuk mengelakkan pencemaran udara pada 2018.

Pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) mengeluarkan kenyataan pada 2018 (tidak pasti larangan ini dipinda atau tidak) mengatakan larangan menjual, membeli dan bermain mercun kecuali ‘Pop Pop’ & ‘Happy Boom’ kekal dan sesiapa yang didapati menjual, membeli atau bermain boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 7 & 8 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207) yang boleh membawa hukuman maksimum penjaram 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sejak sekian lama saya membantah penjualan, pembelian serta bermain mercun menerusi tulisan dan ceramah saya samaada pada Tahun Baru Cina atau Hari Raya Aidilfitri atau apa jua perayaan.

Pencemaran udara, pencemaran bunyi di tengah malam dan mendatangkan bahaya.

Ironiknya mercun-mercun dijual merata tempat seperti jalan utama dan hatta ada yang dijual berdekatan balai polis tetapi gerai-gerai masih beroperasi seperti biasa.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye pernah berkata pada 2019;

“kerajaan juga perlu menyiasat sehingga ke peringkat akar umbi bagaimana bahan terlarang itu masih dibawa masuk dan dijual berleluasa di negara ini.”

Saya berharap pihak berkuasa akan tegas mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menjual, membeli dan bermain mercun yang telah diharamkan di negara kita,"
katanya dalam kenyataan itu.


Difahamkan gambar yang menjadi bahan troll adalah gambar yang diambil pada tahun 2018, bagaimanapun setakat ini PAS belum lagi memberikan apa-apa kenyataan mengenai isu tersebut. - 2 Februari 2020.