t>

Breaking News

Soal Jawab #Coronavirus.

SOSMED | Berikut adalah rangkuman soal jawab berkaitan isu #coronavirus yang diterjemahkan oleh Dr. Suhazeli bagi memudahkan pemahaman masyarakat.

Masyarakat perlu membaca soaljawab ini agar tidak terperangkap dengan pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas ketakutan orang.


7 SOAL JAWAB MENGENAI 2019-nCoV.


[Soal jawab bersama WHO]

S1: Adakah antibiotik berkesan menghalang dan merawat #coronavirus (2019-nCoV)?


J1: TIDAK. Antibiotik tidak bertindak terhadap virus, ia hanya bertindak ke atas bakteria. 2019-nCoV adalah sejenis virus, jadi tidak boleh digunakan untuk menghalang dan merawat (case).

S2: Adakah #coronavirus (2019-nC0V) mudah menjangkiti orang tua atau orang muda juga?


J2: Manusia pelbagai umur boleh dijangkiti oleh virus. Orang tua atau mana-mana yang sudah mempunyai masalah perubatan dilihat lebih cenderung menjadi teruk apabila dijangkiti virus.

S3: Boleh ke haiwan peliharaan di rumah menyebarkan #coronavirus (2019-nCoV)?


J3: Buat masa ini, tiada bukti berkawan rapat dengan anjing/kucing boleh dijangkiti virus ini. Walau bagaimanapun adalah lebih bijak membasuh tangan dengan sabun dan air setelah memegang haiwan peliharaan tersebut.

S4: Adakah terdapat rawatan khusus untuk mencegah atau merawat #coronavirus (2019-nCoV)?


J4: Hingga tarikh ini, tiada ubat khusus dicadangkan bagi mencegah atau merawat virus ini. WHO sedang membantu membuat kajian dan usaha pembangunan dengan pelbagai pihak.

S5: Adakah vaksin mencegah pneumonia boleh melindungi kita dari virus #2019nCoV?


J5: Tidak. Vaksin mencegah pneumonia tidak bekalkan perlindungan ke atas #2019-nCoV. Virus ini baharu dan berbeza. Ianya memerlukan vaksin tersendiri.

S6: Adakah selamat terima surat atau bungkusan dari China?


J6: Ya, selamat. Penerima bungkusan dari China bukan berisiko dijangkiti virus #2019nCoV. Analisa sebelum ini, kami ketahui bahawa virus itu tidak mampu hidup lama atas barangan, seperti surat atau bungkusan.


S7: Adakah sapu atau minum minyak bijan menghalang #Coronavirus #2019nC0V memasuki badan?

J7: Tidak. Minyak bijan lazat, tetapi tidak membunuh 2019-nCoV. Terdapat bahan kimia yang dapat membunuh virus di permukaan barang (atau kulit), seperti pencuci lantai, klorin, 75% alkohol, asid paracetic (pencuci buah), dan pembilas klorox. Walau bagaimanapun bahan kimia tersebut hanya sedikit atau tiada impak langsung jika disapu atas kulit atau bawah hidung (dihidu). Bahkan bahan kimia tersebut merbahaya jika diletakkan atas kulit kita
.


Sekian terjemahan dari https://twitter.com/who/status/1221800661039419398?s=21