t>

Breaking News

#Coronavirus - Patut Pakai MASK Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Anda.

KESIHATAN | Jika kita perhatikan selepas koronavirus menjadi sensasi di media sosial, ramai orang telah kelam kabut membeli mask.


Hal ini juga telah menimbulkan masalah dan persoalan. Ada pihak dengan sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka sehingga KPDNHEP perlu mengeluarkan amaran tegas. 


Manakala pihak yang sangat memerlukan mask, tidak dapat membelinya memandangkan adanya pembelian panik yang dilakukan oleh pihak yang ditakut-takutkan oleh penyebar #fakenews.


Bagi mendidik masyarakat, Dr. Suhazeli Abdullah telah menuliskan panduan ringkas tetapi terperinci untuk anda memahami samada perlu atau tidak anda memakai mask bagi mengadapi wabak wuhan.


Nah, bacalah;

Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah

PAKAI MASK KE TIDAK?




Eh semua orang wajib pakai mask (topeng muka) ke? Nampak dalam Facebook dan Twitter boleh kata setiap doktor duk promote supaya pakai mask musim #Coronavirus ni.

Tidak wajib! Kecuali...

Sebelum jawab lanjut ☝️, mari kita belajar dan faham kenapa mask dicipta dan jenis mana digunakan bagi mengurangkan jangkitan atau habuk dari cerebu.

Terdapat tiga jenis mask yang biasa dipasaran;


(1) Surgical Mask.


Dibuat khas bagi mengelakkan apa sahaja bentuk cairan masuk. Itu sebab lapisan luarnya (selalunya berwarna) kalis air. Kuman dan virus yang bersaiz tertentu juga tak dapat menembusi. Lapisan kedua adalah tapisan penampan dan lapisan dalam pula berfungsi sebagai penyerap (absorbant) wap dari mulut dan hidung kita.


(2) N95 Mask.


Dibuat khas bagi menghalang 95% partikel halus (0.3 mikron). Kuman yang bersaiz besar dari 0.3 mikron sukar untuk menyelinap masuk. Contohnya kuman Tuberkulosis: 2.0 - 4.0 mikron; Kuman Difteria 2.0 - 6.0 mikron.
Cuma mask ni lebih mahal berbanding dengan surgical mask dan dusk mask.


(3) Dust Mask.


Jenis ni banyak kat pasaraya atau kedai hardware. Ianya hanya sesuai untuk menghalang habuk masuk. Namanya pun dust!

Mask yang sesuai untuk digunakan bagi mengelak jangkitan bakteria atau virus adalah jenis (1) Surgical Mask✔️ (2) N95 Mask✔️.

Manakala (3) Dust Mask❌ adalah tidak sesuai untuk halang kuman berjangkit. Saya lihat ramai yang masyarakat di pusat membeli belah itu memakai jenis ini. Kenapa? Harga murah dan cantik, pelbagai corak dan warna menarik. Itu sahaja kut alasannya.

Oleh itu semasa membeli mask, teliti dahulu adakah mask yang dipamerkan itu dari jenis (1) atau (2). Banyak juga kat pasaran juga nampak macam jenis (1) sebab lebih murah. Semak dahulu samada betul 3 lapisan atau hanya 2 lapis sahaja.

Jenis (2) pula digunakan oleh petugas kesihatan sebab kejituan menapis kuman lebih ketat.

Pun begitu, memakai mask adalah bukan segala-galanya. Ia bergantung kepada kaedah pakai dan keberadaan kita pada tempat yang berisiko. Contohnya seperti kes 2019-nCoV itu, jangkitan antara manusia kepada manusia dilaporkan boleh melalui mata. Syaratnya adalah duduk berhampiran dengan pesakit yang disahkan positif virus, tinggilah risiko dijangkiti. Oleh itu budayakan diri anda senantiasa bersih, selalu mencuci tangan dan jaga etika semasa batuk.

Perlu pakai 24 jam ke? Tidak pula setiap saat wajib pakai mask. Beberapa keadaan sahaja disarankan pakai mask. Antaranya :


😷 Individu yang sedang menjaga pesakit yang mempunyai gejala jangkitan penyakit. Penyakit itu bukan 2019-nCoV sahaja, tetapi banyak lagi: Tuberkulosis, Difteria, Campak, Influenza, dan banyak lagi. Biasanya doktor akan berikan nasihat supaya anda memakai mask.


😷 Individu yang menguruskan pesakit yang mempunyai gejala seperti penyakit di atas tadi. Biasanya golongan ini adalah doktor, nurse, penolong pegawai perubatan dan staff kesihatan.


😷 Diri anda sendiri yang mempunyai gejala seperti batuk, selsema, demam atau disahkan berpenyakit seperti senarai kat atas tu.

😡❌ Selain dari individu² di atas, tidak perlu pakai kecuali kehendak sendiri yang amat suka pakai macam ala-ala Naruto.

😅✔️ Jika hendak ke khalayak ramai yang kita tidak pasti samada kawasan itu berisiko mempunyai jangkitan penyakit atau tidak, memakai mask adalah lebih baik sebagai langkah berjaga-jaga.

😂✔️Saya kira persekitaran dalam negara kita masih bersih dan 2019-nCoV tiada bukti lagi merebak di kawasan awam. Malah tiada kes lagi jangkitan individu tempatan. Namun jangan lupa juga virus influenza dan kuman- kuman lain juga berpotensi untuk berjangkit!

Semoga kita semua selamat dari dijangkiti apa sahaja penyakit. Aameen