t>

Breaking News

Zul Yahya Ajak Masyarakat Boikot Produk Sajat.

SOSMED | Pelawak veteran Zul Yahya bertindak menegur Sajat, berikutan tindakan pondan itu memakai telekung ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Gambar dan video Sajat bertelekung disebarkan oleh Sajat dan rakan-rakannya sendiri di sosial media. 


Meskipun tiada pengakuan dari Sajat dan beberapa rakan pondannya, tetapi ramai netizens percaya tindakan itu mungkin ada kaitan dengan niat Sajat yang mahu tanamkan pemikiran kepada masyarakat bahawa dia ialah wanita tulen dan bukannya pondan. 

"Mengigil aku dengan benda ni. Mengigil aku. Tolong eh. Majlis Agama siapa yang ada hak bertanggungjawab, tolong betulkan benda neh. Jangan dia menjadi satu perkara orang ambil tak endah je. Ini bab agama. Bab akidah. Bab kesucian agama. Tolong.

Siapa yang bertanggungjawab tolong ambil tindakan," katanya dalam klip video itu. 

Dalam pada itu Zul Yahya juga menasihati Datuk Alif Syukri agar membawa Sajat ke arah yang lebih baik selaku kawan baik kepada Sajat. 

"Saya minta kawan baik tu, Datuk Alif Syukri, yang selalu buat live, selalu buat video dengan Sajat. Bagitaulah Sajat. Jiran kamu. Bawa ustaz-ustaz. Jumpa dia. Cerita dengan dia. Benda dah lepas ok kita boleh lupakan. Boleh lepas. Tolong perbaiki diri, perbetulkan diri.

Kita orang Islam la. Islam neh indah. Islam neh penuh dengan pengorbanan. Kalau nak faham tentang agama kena banyak korban. Kalau takde korban macam mana nak faham agama?

Oi Sajat, kau faham tak?

Kau salah korban. Salah korban. Salah faham. Kau korbankan ke arah nafsu kau, ke arah batil kau, bukan ke arah agama. Kita neh pergi umrah nak belajar tentang korban. Nak belajar bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.

Bukan nak tunjuk kau punya hebat, kau punya nafsu kat situ. Geng-geng pondan yang pergi situ, aduh..," katanya lagi.

Menurut Zul Yahya beliau berasa sedih dengan tindakan Sajat kerana tindakan lelaki itu menghina agama. 

Zul Yahya juga menyeru kepada tindakan boikot ke atas produk-produk Sajat sebagai satu pengajaran.

Menurut Zul Yahya tindakan boikot itu dibuat bukan kerana benci tetapi kerana sayang. Ini adalah langkah bagi menyedarkan Sajat bahawa kemewahan yang diterima oleh pondan itu adalah kerana rezeki yang diberikan oleh Allah. - 5 Februari 2020.