Kronologi Kejadian 2 Jangkitan Pesakit Baru #Coronavirus Di Malaysia Setakat 4 Februari.
Sebentar tadi portal Harian Metro baru sahaja melaporkan lelaki berusia 41 tahun menjadi rakyat Malaysia pertama disahkan positif koronavirus baharu (2019-nCoV).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata mangsa menghadiri mesyuarat bersama beberapa delegasi antarabangsa termasuk China di negara jiran pada 16 hingga 23 Januari lalu.
Katanya, keluarga terdekatnya akan diletakkan dalam 'home surveillance' selama 14 hari.
Dzulkefly turut mengesahkan dua lagi kes baharu positif di Malaysia, menjadikannya 10 kes setakat ini.
Kronologi 2 jangkitan baru.
Kes : Warga China.
- Berumur 63 tahun, yang berasal dari Wuhan.
- Tiba di KLIA pada 18 Januari 2020.
- Mulai mengalami demam pada 23 Januari, dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital swasta di Kuala Lumpur. Kes beliau kemudiannya dirujuk kepada KKM.
- Sebaik mendapat maklumat, lelaki itu kemudiannya diletakkan dibawah Perintah Pengawasan Dan Pemantauan (home surveillance) selama tempoh 14 hari.
- Pada 2 Februari, beliau masih mengalami demam dan dimasukkan ke HKL bagi rawatan susulan. Ujian dilakukan dan didapati positif 2019-nCov pada 3 Februari 2020. Pesakit kini berada di wad isolasi dan dalam keadaan stabil.
Kes : Warga Malaysia.
- Lelaki, berumur 41 tahun.
- Mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran (tidak disebutkan nama negara) dari 16 Januari hingga 23 Januari 2020 bagi menghadiri mesyuarat.
- Mesyuarat itu turut dihadiri oleh delegasi dari negara China.
- Beliau pulang ke Malaysia pada 23 Januari dan mula menunjukkan tanda-tanda pada 29 Januari 2020.
- Lelaki itu kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital swasta di Selangor kerana demam dan batuk.
- Kes itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari 2020 dan dimasukkan dalam wad isolasi.
- Lelaki itu disahkan positif 2019-nCov pada 3 Februari. Dan kini berada dalam keadaan stabil.
- KKM telah berhubung dengan negara jiran terbabit dan mengesahkan Kementerian Kesihatan di negara itu sedang membuat aktiviti contact tracing bagi mengekang wabak.
Laporan terkini KKM adalah seperti berikut;
1. Sejak saringan dimulai pada 10 Januari 2020, jumlah terkumpul saringan coronavirus adalah 213 orang.
2. Dari 213 kes;
📍 122 warga Malaysia
📍 86 warga China
📍 1 warga Australia, 1 warga Korea, 1 warga Jordan, 1 warga Brazil, 1 warga Thailand,
📍 5 kes disahkan positif 2019-nCov
📍 188 adalah negatif
📍 20 masih menunggu keputusan ujian makmal
KKM juga menasihati orang ramai agar mematuhi panduan kesihatan yang telah diedarkan sejak tercetusnya wabak wuhan ini. - 4 Februari 2020.