t>

Breaking News

Rakyat Malaysia Positif #Coronavirus Jumpa 100 Individu Di Kedah & Kelantan, Ini Apa Yang Patut Anda Buat.

SEMASA | Nampaknya laporan portal Sin Chew Daily telah menimbulkan kegusaran dikalangan orang awam.


Laporan itu menyebut;

- Pesakit pertama warga tempatan yang positif #koronavirus, seorang lelaki berusia 41 tahun telah melawat ke Kedah dan Kelantan.

- Pesakit itu mendapat jangkitan ketika berada di Singapura.

- Pesakit itu dimaklumkan telah pergi ke Sungai Petani dan Kelantan bersama isterinya semasa cuti Tahun Baru Cina.

- Dan ketika dia pergi bercuti, telah menunjukkan beberapa tanda dijangkiti koronavirus.

- Gejala yang dipamerkan sebelum ke Kedah dan Kelantan adalah selsema, dan beranggapan ia adalah perkara biasa. Hanya selepas mendapat batuk dan demam barulah dia pergi mendapatkan rawatan di hospital swasta pada 23 Januari yang lalu.

- Namun selepas itu dia kemudiannya ke Sungai Petani, Kelantan dan Sungai petani semula.

- Beliau ke Sungai Petani kerana itu adalah kampung halamannya dan meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarganya.

- Kemudiannya ke Kelantan melawat keluarga isterinya dan kembali semula ke Sungai Petani untuk majlis reunion bersama rakan-rakannya.

- Pada 2 Februari 2020, selepas disahkan positif coronavirus, lelaki itu segera diasingkan KKM.

Baik, ini adalah kronologi kejadian. Dan dianggarkan beliau telah bertemu dan membuat contact dengan 100 orang.

Ada juga yang persoalkan kenapa KKM dan lelaki itu tidak membuat saringan awal?

Pertama, perlu difahami, sejarah coronavirus adalah jangkitan yang bermula di Wuhan, China.

Lelaki itu bukan ke China, tetapi Singapura.
Jangkitan berlaku kerana beliau berhubungan dengan delegasi China di Singapura.

Kedua, jangkitan lelaki itu berlaku semasa awal kejadian. Wabak Wuhan menjadi sensasi pada 23 Januari, pada hari lelaki itu pergi ke hospital swasta. 23 Januari juga adalah harinya China membuat lockdown di Wuhan. Di Malaysia sendiri, ia mula menjadi kecoh sekitar 24, 25 Januari.

Nampak kan? 

Di pihak KKM;

📎 Telah mereka mendapatkan maklumat mengenai sejarah perjalanan pesakit.

📎 Telah juga KKM mendapatkan maklumat mengenai contact pesakit sebelum disahkan positif koronavirus.

📎 Ia sebenarnya adalah SOP. Kerana itu jugalah KKM dapat mengesan awal kejadian yang berlaku di Johor dan Langkawi.

📎 KKM seterusnya akan membuat saringan, pertanyaan dan pemeriksaan bagi membendung wabak.

📎 Di pihak orang awam seperti kita, haruslah sentiasa mematuhi nasihat KKM, iaitu kerap mencuci tangan dengan sabun. Dan pakailah topeng jika kita batuk dan selsema. Jika tidak sihat, jangan keluar ke tempat orang ramai dan mestilah mendapatkan rawatan dengan segera. Jangan tunggu esok. 

📎 Dalam pada itu, meskipun kita merasa takut, tidaklah boleh menyebarkan fake news. Hanya perlu sebarkan kesedaran dan perlu alert dengan keadaan sekeliling. 

📎 Jika melihat, mengetahui adanya ahli keluarga kita, rakan-rakan yang mempunyai sejarah ke China ataupun ada membuat hubungan langsung dengan mereka-mereka yang ke China dan menunjukkan beberapa gejala positif #koronavirus, hendaklah menasihat mereka segera mendapatkan rawatan.

📎 Dan yang paling penting, perlu kita fahamkan, koronavirus ini boleh sembuh dengan rawatan yang betul. 

Bersama kita bantu KKM membendung wabak wuhan. - 6 Februari 2020.