#GovernmentShutdown - Macam-Macam Ada Di Istana Negara Sekarang...
SOSMED | Polemik perebutan kuasa di antara semua parti politik di Malaysia memasuki hari keempat.
Terdahulu YDPA telah memberikan garis panduan untuk menyelesaikan konflik tersebut yakni;
- Memanggil semua Ahli Parlimen dan bertanyakan soalan siapakah PM pilihan mereka
- Keputusan itu kemudiannya akan dititahkan Agong dalam satu sidang media yang dijangkakan esok (khamis).
Disebabkan situasi hura hara politik, maka sekumpulan petugas media berhimpun di perkarangan pintu masuk utama Istana Negara bagi mengikut perkembangan terkini.
Kehadiran mereka turut disertai oleh orang awam, yang akhirnya menjadi tempat perhimpunan orang ramai.
Petugas media sebelum ini ada melaporkan, mereka agak lapar dan keletihan semasa bertugas disitu, almaklumlah kena tunggu berjam-jam melihat kenderaan keluar dan masuk Istana Negara.
Entah bagaimana, agaknya runggutan itu difahami oleh YDPA, akhirnya kesemua petugas media dibelanjakan makan KFC oleh Agong pada hari pertama. KFC bukan satu-satunya yang Agong belanja.
Esoknya, Agong belanja McDonalds. Berita itu kemudiannya menjadi sensasi di laman sosial.
Ada dua reaction berbeza.
Pertama : Rakyat melihat Agong, adalah seorang yang prihatin dan berjiwa rakyat.
Kedua : jenama itu diulangtulis oleh netizens. Sesetengahnya rasa trigger nak cari KFC dan Mekdi. Nak makan juga. Apatah lagi dilaporkan oleh wartawan. Ini pengiklanan percuma. Siapa taknak!
Hari ini pun Agong belanja lagi. Kali ini lauk ikan patin. Pergh meleleh air liur. Semua petugas media dapat. Agaknya yang bukan petugas media pun boleh dapat. Untunglah.
Disebabkan itu jugalah beberapa syarikat melakukan tajaan kepada petugas media. Jenama masuk laporan berita dan diperkatakan netizens. Siapa taknak kan.
XIAOMI misalnya. Memberikan POWERBANK percuma. Tindakan itu kemudiannya menjadi marketing di sosial media.
Beberapa jenama lain juga melakukan teknik pengiklanan dengan cara yang sama. Dan sekaligus di perkarangan masuk Istana Negara menjadi tempat mempromosikan produk masing-masing. Jangan tak percaya.
Bagus sebenarnya. Dalam situasi sekarang memang kena focus tambahkan pendapatan. Lagi huru hara, lagi la kena kerja keras tambah rezeki. 😃😃😃
Jom tengok antara jenama apa yang sponsor petugas media kat depan pintu masuk Istana Negara tu;
Marry Brown, Burger King dan Ramly. Mau gemuk neh;
Donut pun ada;
Dapat baju percuma wey, dari Hari-Hari. Macam mana tahu size hah? Haha;
Hah, MILO pun tak ketinggalan;
Tea Live pun hado, sedap neh bila cuaca pun tengah panas;
Aiskrim dari jenama Nestle pun tak ketinggalan mempromosikan diri juga;
Tu nampak, banyak tak? Ada nasi lauk ikan patin, spagetti, air mineral dan 100 plus pun hado;
Ubat nyamuk pun mai sponsor? Ini mesti pasal sampai ke malam petugas media berhimpun kat situ kan;
Watson pun nak juga;
Bantal pun ada. Sambil tunggu, sambil baring eh?;
Antara jenama lain ialah Haus Boom, kuih raya Zielicious, kopi San francisco dan lain-lain lagi. - 26 Februari 2020.
Sumber gambar : Sadiq Asyraf.