t>

Breaking News

Produk Over Claim Dikaitkan Dengan Kematian Asyraf Sinclair.

VIRAL | Dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan berita kematian pelakon Asyraf Sinclair pada 18 Februari 2020 pada jam 4 pagi waktu Indonesia. 

Kematian Asyraf dikaitkan dengan serangan jantung sedangkan usianya yang masih muda, iaitu 40 tahun.

Di laman sosial, nampaknya netizens membayangkan kematian Asyraf mungkin ada kaitan dengan kesan negatif dari produk overclaim.



 
"Pagi ini dikejutkan dengan pemergian seorang lagi selebriti iaitu Ashraf Sinclair (Al Fatihah)

Apabila saya scroll balik IG beliau, ternampak yang beberapa hari lepas Arwah ada membuat review tentang satu produk.

Produk itu dikatakan bahawa kita boleh mendapat bentuk badan idaman (6 Packs) dengan mudah.

Lekat produk tersebut di perut dan mesin itu akan vibrate. Mereka claim akan membuatkan kita seperti melakukan 20,000 push ups dalam masa 30 minit.

Tengok di bahagian komen, ramai berpendapat itu antara sebab serangan jantung yang di hidapi Arwah.

Wallahualam.

Kita tunggu beberapa hari lagi. Saya pasti akan dijalankan siasatan terhadap produk tersebut.

Hati-hati dengan produk over-claim sebegini..

Banyak lagi sebenarnya di pasaran lebih-lebih lagi produk dari China. Claim BMF, tapi made in China. Normal gais. Normal!

Salam Takziah buat keluarga Arwah
," tulis Syed Gadaffi dalam kenyataan itu.


Tulisan Syed itu juga turut dikongsikan oleh beberapa portal lain dan warganet.
 

Keluarga Asyraf bagaimanapun belum memberikan apa-apa respon berhubung dakwaan yang tular ketika ini.

Bagaimanapun menurut portal Indonesia, Suara.com, yang memetik kajian oleh Dr. Andhika, menjelaskan kaedah EMS tidak boleh menimbulkan serangan jantung ke atas individu tetapi berisiko merosakkan ginjal jika dilakukan secara berlebihan.

Bagaimanapun, pendapat itu tertakluk kepada jenis kaedah EMS (ransangan elektrik) yang digunakan bagi membentuk  badan.  - 20 Februari 2020.