t>

Breaking News

Kronologi Kejatuhan Pakatan Harapan Tahun 2020.

KRONOLOGI | Ini adalah babak-babak kejadian dimana kerajaan Pakatan Harapan yang memenangi PRU14 jatuh sebagai kerajaan selepas 2 tahun mentadbir negara dan digantikan dengan kerajaan baru, Perikatan Nasional, sebuah gabungan parti melayu dan bumiputera.

  21 Feb : Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dilaporkan tegang. Selepas habis mesyuarat, Tun Mahathir membuat sidang media yang dihadiri semua pemimpin kanan Pakatan Harapan namun tidak disertai Azmin dan Zuraidah. Dalam sidang itu, Tun berkata kesemuanya setuju memberikannya mandat menjadi Perdana Menteri dan terpulang kepadanya nak berbincang mengenai tarikh peralihan kuasa. Malam ini juga Azmin dilaporkan bermesyuarat di hotel.

** Tun Mahathir berkata majlis mesyuarat presiden berlangsung dengan baik tanpa krisis. Sebelum ini SU Politiknya memaklumkan Anwar mahu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi itu tidak berlaku. Selepas ini berlalu, barulah Tun memahami mesyuarat ini sepatutnya dijadikan alasan untuk mewujudkan krisis dalam PH dan menyalahkan Anwar bagi langkah-langkah seterusnya.

22 Feb : Media tempatan melaporkan Azmin menyambung bermesyuarat di hotel.

23 Feb : PPBM mengadakan mesyuarat di ibu pejabatnya yang terletak di Petaling Jaya. Beberapa parti lain seperti PAS dan UMNO mengadakan retreat di Janda Baik. GPS dan Warisan turut mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur. Azmin mengadakan mesyuarat di Hotel Sheraton. Selepas habis mesyuarat, Tun tidak bercakap dengan media. Malamnya, beberapa pemimpin utama pembangkang (ketika itu) hadir ke jamuan makan malam hotel Sheraton. Antara yang hadir, Ahmad Maslan, Zahid, Hishamuddin, KuNan, TG Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa yang lain.

Ketika isu ini heboh dilaporkan media-media tempatan, Zaid Ibrahim cadang bubarkan Parlimen.

Di rumah Anwar, ada majlis zikir. Beberapa Ahli Parlimen PKR kelihatan keluar masuk, mungkin melaporkan perkembangan.

Mujahid dalam pada itu meminta semuanya bertenang.

Dan, ketika siangnya, direkodkan, 28 kenderaan masuk ke dalam Istana Negara. 

** Menurut Isham Rais dalam rancangan Consider This yang disiarkan Awani tujuan Langkah Sheraton adalah untuk menghentikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dan bukannya berniat untuk menukar kerajaan. Beliau hadir ke situ untuk merakam sejarah dan lari apabila ternampak KuNan. Dan Isham juga menjelaskan Langkah Sheraton adalah aftermath, selepas Tun tidak bersetuju.

** Ini juga adalah mesyuarat dimana PPBM berbincang mahu keluar dari PN dan menubuhkan kerajaan baru. Bagaimanapun Tun tidak bersetuju dengan idea itu.


24 Feb : Azmin dilaporkan berkata jika dilengahkan, gabungan kerajaan baru mungkin sukar dibentuk. DAP mengadakan mesyuarat tergempar. PKR juga mengadakan mesyuarat tergempar. Pada waktu paginya, beberapa pemimpin utama PH berjumpa dengan Tun di kediamannya. Antaranya Anwar, Wan Azizah, Mat Sabu, Lim Guan Eng. Tun berjumpa mereka seorang demi seorang. Tengaharinya, lebih kurang jam 1 petang, Tun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden PPBM. Serentak dengan itu PPBM umum keluar dari PH. Sebelum itu, AMANAH, DAP umumkan menyokong Tun sebagai Perdana Menteri. Dengan pengumuman PPBM, PH telah kehilangan majoriti. Anwar kemudiannya bertemu dengan YDPA pada pukul 2.30 petang.

Hari ini juga MB Selangor telah mengadakan mesyuarat bersama semua adun-adun PKR. Dan bertemu dengan Sultan Selangor. 

Lebih kurang waktu zuhur, Azmin dan Zuraidah diumumkan PKR dipecat dari parti.

Azmin di Facebooknya membuat pengumuman beliau dan 10 Ahli Parlimen PKR yang lain keluar parti.

Jam menghampiri 3 petang, beberapa kem kartel seperti Azmin, Zuraidah, Baru Bian, Kamaruddin Jaafar berkunjung ke kediaman Tun.

Di sosial media, Dr Dzul dan Salahuddin Ayub menuliskan kata-kata penghargaan selepas disahkan bukan lagi menjadi menteri kabinet dengan Tun Mahathir yang meletakkan jawatan sebagai PM. 

PPBM umum mengadakan mesyuarat tergempar malam itu. Azmin dan Hilman dilihat turut menyertai mesyuarat tersebut. Dalam mesyuarat itu, Majlis Tertinggi memutuskan untuk menolak perletakkan jawatan Tun Mahathir.

Lebih kurang selepas asar, Tun mengadap Istana dan dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, sementara kerajaan baru dibentuk.

Agong juga bertitah, baginda akan membuat tindakan susulan selepas selesai bertemu dengan 222 Ahli Parlimen bagi menentukan siapakah PM yang mendapat majoriti.

Pada malam itu, PAS dan BN turut mengadakan mesyuarat di lokasi berbeza, iaitu di PWTC.

Marzuki juga mengeluarkan kenyataan, biar Parlimen tentukan nasib Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. 

Kenderaan Lim Guan Eng dilihat masuk ke pejabatnya waktu petang dan keluar pada malam, tanpa memberikan apa-apa kenyataan kepada pihak media.

25 Feb : Beberapa parti politik mengeluarkan kenyataan menyokong Tun sebagai Perdana Menteri ke 8. SU Agung PPBM menafikan Ahli Parlimen PPBM keluar parti. Pemimpin PPBM seperti Rina Harun dan TSMY dilihat masuk ke kediaman Tun Mahathir pada sebelah pagi. Selesai perjumpaan, Tun Mahathir ke PMO untuk menyambung tugas sebagai Perdana Menteri Interim. 

Dalam perkembangan berkaitan, Adly ucapkan terima kasih kepada semua. Melaka ketika ini dijangka akan bubarkan DUN ataupun bertukar kerajaan.

Perbicaraan Najib ditangguhkan kerana bekas Perdana Menteri itu perlu ke PWTC untuk menghadiri mesyuarat penting.

Pemimpin Selangor dilihat memasuki istana untuk mengadap Sultan Selangor. Hasilnya kerajaan Selangor berkata semua urusan di Selangor berjalan seperti biasa, tiada perubahan.

Situasi yang sama juga di Kedah, Mukhriz menegaskan di Kedah masih dibawah Pakatan Harapan.

Perak juga kemudiannya membuat pengumuman, di Perak segalanya akan berjalan seperti biasa.

Pakej Rangsangan yang disediakan MOF yang ditangguhkan pengumumannya kepada 27 Februari.

Wan Azizah dan Nurul ke pejabat untuk mengemaskan dan mengucapkan selamat tinggal kepada kakitangan Timbalan Perdana Menteri.

Ku Li ke Istana Negara dan Zahid memasuki PMO - dipercayai untuk bertemu dengan Tun. Begitu juga dengan Muhyiddin Yassin, Hishammuddin, Azmin, Anwar, Lim Guan Eng, Muhammad Sabu.

Ketika ini, kumpulan gabungan baru berkata mereka sedang menunggu isyarat dari pihak istana untuk datang mengadap. 90 Ahli Parlimen akan mengadap Istana Negara dan membuat pilihan mengenai calon Perdana Menteri.

Nik Amar berkata PAS bersedia menjadi sebahagian dari kerajaan persekutuan.

Sebelah malamnya, beberapa kumpulan kecil dan NGO membuat demo di Dataran Merdeka.

Khalid Samad berkata PH telah memperolehi majoriti mudah dan calon perdana menteri akan diumumkan esok.

Di Johor, ura-ura kerajaan PH Johor akan tumbang mula tersebar.

Syed Saddiq yang senyapkan diri membuat kenyataan beliau akan menyokong pendirian Tun Mahathir dan bersama-sama tokoh itu.

Idea kerajaan tanpa pembangkang juga mula ditulis dan disebarkan pro Tun Mahathir dalam bentuk poster dan penerangan.

26 Feb : Agong dijadualkan akan bertemu dengan Ahli Parlimen PH dan lainnya bagi menentukan calon Perdana Menteri. Warisan keluarkan kenyataan tidak terlibat dalam komplot kerajaan pintu belakang. VK Liew menjelaskan team semburit telah berbohong dengan cerita rekaan.

Sebelah petangnya, Tun Mahathir membuat pengumuman yang beliau mengusulkan idea kerajaan tanpa pembangkang bagi memastikan kestabilan negara. Tun juga meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan berkata beliau enggan menerima UMNO secara en bloc (parti). Tun berkata penentukan kerusi Perdana Menteri akan dilakukan di Parlimen pada 2 Mac ini. Kenyataan Tun kemudiannya dipersoalkan oleh beberapa pihak antaranya kem PH dan Annuar Musa.

PH berkata akan membuat sidang media jam 4.30 petang tetapi ditangguhkan satu jam dan mengumumkan Anwar adalah calon Perdana Menteri PH.

Ketika ini juga MN mengadakan PC dan berkata mereka mahu Parlimen dibubarkan dan menarik balik sokongan terhadap Tun Mahathir. MN berkata, kerajaan perpaduan adalah tidak wajar kerana tiada CHECK and BALANCE. 

Ambiga membuat kenyataan menyokong Tun, kerajaan tanpa pembangkang. Hishammudin nafi keluar BN dan Najib nafi BN terlibat dalam konspirasi kerajaan pintu belakang.

Zuraidah juga membuat kenyataan, menafikan Azmin adalah dalang yang membuatkan PPBM keluar PH.

Ketika ini, di Istana Negara petugas media telah berkampung dan selepas Agong dilaporkan menjamu petugas media dengan KFC dan Mekdi, keesokan harinya lebih ramai tampil dan sponsor petugas media. Antaranya MILO, XIAOMI dan HARI-HARI.

Syed Saddiq dilihat memasuki PMO untuk bertemu Tun.

Penyokong Adly berkumpul menyatakan sokongan.

Anwar dan Azizah meraikan ulangtahun perkahwinan ke 40 sebelum menuju ke Istana Negara.

Kesemua ADUN Johor diperintahkan mengadap Sultan Johor.

Kem Kartel menyokong penubuhan kerajaan tanpa pembangkang.

Shafie menepis dakwaan beliau menghantar wakil dan tidak bertemu dengan Agong. Gambar beliau bertemu Agong kemudiannya disebarkan sebagai bukti pertemuan. Warisan dan GPS menyatakan sokongan padu kepada Tun Mahathir dalam kenyataan media berasingan. GPS juga menegaskan akan mematuhi titah diraja. 

Sebelah malamnya, Lim Kit Siang mengadakan pertemuan di satu forum awam dan berkata DAP menolak idea kerajaan perpaduan kerana enggan berkerjasama dengan orang yang memusnahkan PH sebagai kerajaan.

Semua anggota kabinet Kedah PH, bertemu dengan Mukhriz Mahathir di kediamannya.

27 Feb :  Apandi Ali berkata jawatan Perdana Menteri Interim tiada dalam perlembagaan. Dr Dzul membuat permohonan maaf terbuka, kerana negara berdepan kemelut politik sedangkan virus sedang melanda. 

UMNO mengarahkan kesemua ketua bahagian untuk berkumpul dan bermesyuarat di ibu pejabat parti. Annuar Musa menulis di Twitternya, bubar Parlimen. Kesemua jentera perlu bersiap sedia menghadapi pilihanraya.

PSM berkata PH perlu diberikan ruang untuk mempertahankan mandat rakyat Mei 2018. Tetapi PH juga terlalu kerap bergaduh merebut kuasa, tiada mempunyai kata sepakat dan gagal membanteras perkauman.

Tun mengadap Agong sebelah paginya dan keluar tanpa sebarang kenyataan. Media melaporkan reaksi Tun adalah 'tidak gembira'. Dari situ, Tun dilaporkan menuju ke PMO untuk meneruskan tugas. 

Tun kemudiannya mengumumkan pelan pakej rangsangan ekonomi bagi menghadapi wabak Covid-19.

Di Twitter, penyokong PH dan pembangkang saling kritik mengkritik siapakah yang berjasa disebalik pelan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Tun. 

Majlis Raja-Raja dilaporkan akan bertemu dan berbincang pada jumaat (esoknya) sebelum mengeluarkan keputusan mengenai calon Perdana Menteri.

Di Kedah, Mukhriz berkata, negeri itu ditadbir PPBM dan PH.

Portal The Star melaporkan BN dan PAS menandatangani SD sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, kemudiannya dinafikan oleh kedua-dua parti itu selepas beberapa jam.

Khalid Samad berkata kerajaan bayangan Tun ke arah diktatorship.

Johor dilaporkan terumbang ambing. Dan di sebelah petangnya, Istana Johor bertitah, Johor telah ditadbir oleh gabungan baru, UMNO, PAS dan PPBM.

TSMY dilaporkan bertemu Tun di PMO. Pertemuan itu diarahkan Tun Mahathir.

Lim Kit Siang berkata jika sekalipun bersetuju dengan kerajaan perpaduan, ia harus dibina di atas gabungan PH.

Anwar berkata hubungan PH dan PPBM berubah dari sehari ke sehari. Ia berbeza-beza.

Steven Sim melaporkan akan membayar gaji kakitangan politiknya yang kehilangan kerja.

Khalid membuat rayuan di Twitter. Dan rayuan itu kemudiannya menjadi sensasi dan menjadi alat troll kem pembangkang dan netizens.

Plot twist di Johor apabila kesemua ADUN Johor berhimpun dan mengatakan kesemua 28 ADUN PH Johor tidak lompat parti. Sidang media yang dibuat waktu petang itu dilaporkan media tempatan pada waktu malam.

Sebelah petangnya, Hamid Bador bertemu dengan Tun Mahathir.

Media juga melaporkan kenyataan Nazri Aziz, yang menafikan beliau menyokong mana-mana blok dan bersetuju dengan USUL UNDI SOKONG PM di Parlimen pada 2 Mac. Beliau berkata, MN harus menjadi pembangkang sehingga habis penggal dan menghadapi pilihanraya. Itulah pendiriannya. 

Ketika ini juga beberapa kritikan terhadap Tun Mahathir dilaporkan, termasuklah dari pemimpin PKR meminta Perdana Menteri Interim itu menghormati titah YDPA dan jangan sesekali membuat keputusan sendiri. 

Malamnya, Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir menyeru PPBM masuk kembali PH. 

28 Feb : Raja-raja bermesyuarat pada pagi hari. Khalid kecam Azmin claim kredit atas kerja keras Lim Guan Eng dalam pakej rangsangan ekonomi.

Lim Kit Siang mengecam pihak yang menjatuhkan PH. Semua indeks Bursa Saham menunjukkan kejatuhan. Dan ianya berlarutan sehingga ke hari ini (3 Mac 2020).

Beberapa pemimpin pro PH mula menyerang Tun Mahathir. Tindakan ini kerana spekulasi bertiup kencang, Tun yang mengkhianati PH sehingga termusnahnya kerajaan itu.

Diburukkan dengan laporan, 2 bekas Ketua Polis Negara, Haniff Omar dan Musa Hasan yang mengadap Agong. Yusof Rawther dan peguamnya, Hanif Kathri juga mengadap Agong pada pagi itu.

Pemimpin PPBM dan kartel berjumpa dengan Tun di Yayasan Al Bukhary, Rashid Hasnon, Azmin, Zuraidah, Baru Bian, Ali Biju, Muhyiddin Yasin, Syed Saddiq, Marzuki, Ronald, Amirudin, Rina, Maszlee dilihat antara yang hadir. 

Lee Chean Chong, Bendahari PKR - meneruskan kritikan terhadap Tun yang mahu menggunakan PARLIMEN menentukan seat Perdana Menteri.

Hanif Omar kata biar Agong buat keputusan. Manakala Anuar Musa ajar penyokong MN katakan TIDAK pada persidangan Parlimen 2 Mac. Rais Yatim kata biar Agong tentukan siapa Perdana Menteri, tak perlu bercakaran.

Speaker Dewan dilaporkan bertemu Agong sebanyak 2 kali pada hari jumaat. Speaker kemudiannya mengeluarkan kenyataan, Parlimen tidak akan bersidang pada 2 Mac ini.

Pimpinan PH mengadakan pertemuan di Hotel Eastin, PJ. 

Hamid Bador mengadap Agong dan kertas siasatan dibuka terhadap pihak yang mendakwa dan menyebarkan jumlah undian Ahli Parlimen terhadap calon Perdana Menteri yang direkodkan pihak Istana.

Agong mengeluarkan titah dan menyokong kenyataan Speaker, tiada persidangan Parlimen pada 2 Mac ini.

PPBM kemudiannya membuat pusingan U. Mencalonkan Muhyiddin Yasin sebagai calon Perdana Menteri.

Kem Kartel juga dilaporkan menyertai PPBM. Dan menyokong Muhyiddin sebagai PM. UMNO dan PAS juga bersetuju. Dengan ini Muhyiddin mempunyai 93 sokongan Ahli Parlimen. MCA dan MIC kemudiannya membuat kenyataan menyokong Muhyiddin Yasin.

Sebelah petangnya, Hasni Mohammaed, Pengerusi UMNO Johor, diangkat menjadi Menteri Besar Johor yang baru. 

Rumah Muhyiddin dijadikan markas blok PN berkumpul dan berbincang.

Malamnya, A.Kadir Jasin menafikan MPT sokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri.

Namun dinafikan Redzuan Yusof. Menurut bekas menteri itu, menamakan Muhyiddin Yassin adalah keputusan yang kukuh.

PH sekali lagi mengeluarkan kenyataan, yakin Anwar mempunyai sokongan majoriti sebagai calon Perdana Menteri. Menurut Anwar, ada pihak dari blok PN menyatakan sokongan kepadanya.

29 Feb : Awal paginya, Syed Saddiq nafi sokong Muhyiddin sebagai calon PM. Tun umumkan ada majoriti selepas PH uturn dan sokong Tun sebagai PM.

Lebih kurang 10.30 pagi, semua pemimpin utama parti politik mengadap YDPA. Dimulai dengan kumpulan PN - Perikatan Nasional. Mereka berkumpul di rumah Muhyiddin dan bersama ke Istana Negara. Selepas 40 minit berbincang dengan Agong, kesemua mereka pulang dan menuju ke rumah Muhyiddin Yassin.

Kumpulan kedua, pemimpin Pakatan Harapan seperti Anwar, Wan Azizah masuk bertemu Agong pada waktu tengahari dan keluar 10 minit kemudiannya.

DAP membuat rayuan terbuka kepada GPS bagi mendapatkan sokongan. 

Wong Chen mengesahkan, andai Tun berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8, Anwar akan mengundur diri dan tidak mahu terlibat dalam kabinet Tun.

PPBM yang berpecah kepada 2 kem, berlumba-lumba keluarkan kenyataan media. Muhyiddin kata beliau kini pengerusi PPBM. Tetapi dinafikan dalam kenyataan media seterusnya, oleh Marzuki sebagai SU PPBM.

 
Dikatakan 6 dari PPBM menyokong Tun.

Maszlee yang paginya sokong Muhyiddin, uturn dan menyokong Tun.

Peguam cadang buat undi usul tak percaya kepada Tun.
Dan masyarakat sivil mencadangkan lantik PM dari Sabah atau Sarawak - selaku King Maker.

Dalam perkembangan berkaitan, polis menahan facebooker yang menimbulkan kegusaran awam dengan mengkritik YDPA.

Tun dilaporkan menghadiri perkahwinan cucunya dan Ismail Sabri pula berkata, susah nak berikan sebarang komen kerana hari ini cakap lain esok cakap lain.

Jeffrey Kitinggan dan Richard Riot uturn dengan menyokong Tun Mahathir.

Petangnya, Istana keluarkan titah dengan melantik Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke 8. Perikatan Nasional, juga rasminya dianggap berjaya menumbangkan Pakatan Harapan dan menjadi kerajaan baru. Gabungan ini dikatakan adalah gabungan kerajaan bumiputera.

Sementara itu, PH aktif mengumpulkan SD yang awalnya 114 kemudiannya menjadi 112 kemudiannya 113, kemudiannya 114. Ketidakkonsistensi ini menyebabkan PH menjadi bahan troll di sosial media. 


1 Mac : Agong tidak mahu bertemu dengan Tun Mahathir. Muhyiddin diangkat menjadi Perdana Menteri. Demikianlah kejatuhan Pakatan Harapan sebagai kerajaan persekutuan pada tahun 2020. - 3 Mac 2020.