t>

Breaking News

Kawan Baik Mutawwif Sajat Tampil Beri Penjelasan, Ustaz Zul Ditohmah Katanya.

SOSMED | Terima kasih kepada Sajat, akhirnya masyarakat netizens ditenangkan sedikit dari merasa bimbang dan takut berkenaan isu #coronavirus 😂😂😂.

Sebelum ini agensi travel mohon tidak disalahkan dalam tindakan mereka membawa Sajat dan keluarga ke tanah suci Mekah.


Menurut mereka, apa sahaja tindakan Sajat di Mekah adalah diluar jangka dan Sajat juga sukar memberikan kerjasama.

Dan portal Oh Media juga pernah melaporkan kenyataan agensi bahawanya Sajat telah dibawa keluar.

Apakah itu benar?


Menurut Puan Hidayah yang juga berada di Mekah pada ketika ini, beliau berkata dia melihat kelibat Sajat di Mekah.

"Jumpa Sajat di Kota Mekah masa nak tawaf wadak. Oh Media kata dah kena tangkap. Tipu ke? Agensi kata statement dah keluar dari Mekah. Tipu juga ke?," tulis wanita itu dalam satu kenyataan di Facebook.

Bagi membuktikan Sajat masih di Mekah, Puan Nur Hidayah turut menunjukkan gambar Sajat.



Hal ini seterusnya mencetuskan tanda-tanya dikalangan netizens. Dan tak kurang ramainya juga menempelak agensi travel yang membawa Sajat ke umrah.

Ia seterusnya mencetuskan polemik baru. Dengan penyebaran gambar lainnya.


Bagi netizens tindakan mutawwif yang tergamak bergambar dengan Sajat bertudung membuktikan agensi travel itu sebenarnya telah berkompromi dengan kelakuan Sajat. 


Di Facebook Albayt, agensi itu dikecam dan mendapat rating satu bintang.

Kebanyakan pengkritik beranggapan agensi Albayt Travel lebih mengutamakan wang berbanding hukum agama.

Namun tidak semuanya berprasangka negatif kepada Albayt Travel. 

Rakan kepada Ustaz Zul, mutawwif yang dikatakan menguruskan Sajat dan keluarganya, ada memberikan penjelasan.

"BISMILLAH.. sewaktu di hotel terdetik dalam hati aku macam mana la nak jumpa dengan ustaz Zul sebab dia memang tak pakai Facebook, tak pakai Instagram dan hanya pakai WhatsApp sahaja..

Itu pun nombor hp dia aku lupa nak ambil. Ajaibnya tanah haram Mekah aku diajak oleh Ayyman Fyr dan Mizan Dmhba untuk ke restoran Dsaji sedangkan aku dah kepenatan sebab ziarah ke Thaif pagi tadi. 

Alhamdulillah waktu tengah minum kelibat ustaz Zul tengah berjalan nak pergi ambil baju kat dobi disekat oleh aku. Allah pertemukan sahabat mutawwifku yang hebat. Seorang yang rendah diri dan seorang yang thiqah dari segi akhlak. Selepas memberi salam dan memeluk sambil pipi kami berlaga antara satu sama lain, aku terus dengan soalan "apa kes ustaz dengan SAJAT?".


JAWAPAN yang dapat saya ringkaskan kat sini adalah ustaz Zul dah bagi penerangan yang sebetulnya kepada Sajat sewaktu pergi ke rumah Sajat dan ketika di airport beliau sekali lagi mengingatkn kepada Sajat tentang perjalanan ke tanah haram.. ustaz Zul bersumpah dengan tanah haram Mekah bahawasanya beliau tak kenal sape itu SAJAT.


Selepas ada beberapa orang di Madinah minta untuk bergambar dengan Sajat di Madinah lah ustaz Zul mengenali siapa sajat yang sebenarnya. 

Saya respect ustaz Zul sebab beliau menjadi mutawwif hebat yang dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang hebat ini. Jangan mengecam ustaz Zul. Jangan hina dia. Jangan keji dia dengan kata-kata sesat kerana cerita yang sebaliknya adalah beliau berada di tengah-tengah, bila dah jadi macam ni beliau nak semua pihak bertenang dan bersabar. 

Beliau tiada media sosial untuk menceritakan keadaan sebenar yang berlaku, banyak message WhatsApp yang sampai dari Malaysia antaranya beberapa masjid yang menarik tauliah untuk mengajar di masjid tersebut, ada jugak travel lain yang pernah dia berkhidmat memaki hamun beliau kerana isu ini... wallahi ustaz Zul tak bersalah wallahi ustaz Zul tak minta benda ni terjadi.

Saya tak mampu nak menulis panjang tentang ini lagi yang saya mahu marilah kita semua sama-sama doakan supaya nama ustaz Zul dibersihkan dari semua tohmahan dan kejian netizen kepada mutawwif ini.


Beliau lah ustaz di antara ustaz yang begitu hebat dipilih oleh Allah untuk menerima ujian ini. Beliau tidak menyokong LGBT yang dituduh oleh sesetengah pihak. Jangan menghukum beliau atas perkara yang beliau tidak tahu dan lakukan.

Semoga Allah memberikan kesabaran yang hebat kepada ustaz Zul.. AMEEN,"
katanya dalam kenyataan itu yang dipetik dari Facebook Sabrina Muin. - 4 Februari 2020.