t>

Breaking News

Mufti Wilayah Sahkan Sajat Lelaki Tulen, Sajat Sebar Video Derma Di Mekah.

SEMASA | Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengesahkan jantina sebenar Sajat adalah lelaki dalam satu kenyataan yang disiarkan Harian Metro pada Rabu.


Menurut Mufti Wilayah itu, bagi mendapatkan jawapan tepat, PMWP telah bertindak mengadakan pertemuan dengan JPN.

Hasil dari pertemuan itu, jantina Nur Sajat telah disahkan sebagai lelaki selepas JPN memeriksa usahawan itu berdaftar dengan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

“Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki…”

“Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman…,”
kata Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu kenyataan dipetik wakil Harian Metro.

Tambah Mufti Wilayah lagi, setakat ini tiada apa-apa bukti klinikal yang menunjukkan kejantinaan lelaki Sajat berhak diragui.

Dalam perkembangan berkaitan, Sajat yang masih berada di Mekah memuatkan satu rakaman video yang menunjukkan lelaki itu sedang bersedekah di dalam sebuah restoran.


"Saya tenang disini, kalau boleh nak sentiasa berada disini, jika banyak lagi masa, hari-hari Sajat nak bagi macam ni. Insya Allah," katanya.

Tindakan itu dipandang netizens sebagai langkah jual agama dan tidak takutkan bala Allah.

Dalam pada itu netizens berterusan mengecam agensi travel yang membawa Sajat ke Mekah sebagai pendusta dan bersubahat. - 5 Februari 2020.