t>

Breaking News

Mulai 1 April 2020, Kuching Dilarang Menggunakan Straw Plastik.

SEMASA | Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menguatkuasakan larangan baru berhubung penggunaan penyedut minuman bermula 1 April ini.


Larangan itu akan dikuatkuasakan ke atas semua pusat penjaja makan seliaan MBKS kata Datuk Wee Hong Seng dalam satu kenyataan yang tersiar di Bernama pada Rabu.

"Kami akan cuba memulakan percubaan (melarang penggunaan penyedut minuman plastik itu) pada 1 Mac ini sebelum menguatkuasakan sepenuhnya larangan berkenaan," katanya dipetik Bernama

Menurut Datuk Wee lagi;

- Tempoh diberikan pada 1 April bagi membolehkan penjaja menghabiskan stok lama

- Bagi membolehkan peniaga membiasakan diri

Kadar denda RM50 juga akan dikenakan pada tempoh permulaan penguatkuasaan sebelum ia diselaraskan dengan pihak berkuasa tempatan di negeri lain.

Penguatkuasaan larangan menggunakan penyedut minuman plastik akan dikuatkan di daerah lain pada masa-masa akan datang. - 6 Februari 2020.