#Covid19, Jemaah Tabligh Jadi Mangsa Fitnah Netizens Tampil Dedah Cerita Sebenar.
COVID19 | Ada dua kisah fitnah yang membabitkan jemaah tabligh yang berlegar-legar di sosial media.
Kisah yang pertama ialah kes seorang jemaah tabligh yang hadir ke perhimpunan Masjid Sri Petaling pada bulan lepas. KKM dan PDRM mengesahkan lelaki berusia 50 an itu memberikan kerjasama yang cukup baik ketika diminta memberikan sample bagi melakukan ujian saringan. Ia berbeza dengan laporan yang tular di sosmed mengatakan lelaki yang tinggal di Tawang, Bachok, Kelantan itu enggan memberikan kerjasama.
Kisah yang kedua pula ialah kisah jemaah tabligh yang dituduh merayau-rayau dalam wad dan menyebarkan penyakit di hospital.
Kisah sebenarnya seperti berikut ;
"Dengar sini, dengar sini.. dengar sini..
Saya Abu Yusof. Saya sendiri bersama seorang sahabat yang bawak jemaah ini pergi buat saringan kat HTAA (seperti yang kamu lihat dalam foto dibawah).
Pegawai kat kaunter saringan Covid19 ambil nama dan tanya ada gejala deman batuk dan sebagainya, bila semua kata tak ada, semua diberi kertas kuning satu seorang dan disuruh balik (apa saringan?). Tak sampai setengah jam semua selesai.
Jemaah ini duduk lama kat sini bukan sebab dia orang suka duduk di surau hijau ni, tapi kerana masjid lain tidak boleh masuk.. Dan nak balik Sarawak pun tidak boleh..
Kita pun dah jumpa dan beritahu imam merangkap pengerusi merangkap tuan tanah bernama Hj Fendi. Minta izin dia duduk situ lama sambil menceritakan hal sebenar.. Dia kata nak duduk lama mana pun boleh, dia suka.. ini meramaikan surau dia.. kalau tak biasanya dia berdua dengan seorang budak Myammar yang berjemaah di surau itu.
Kita hulurkan duit seratus untuk api dan air tapi dia menolak.. baik sangat orangnya.
Kemudian viral cerita di FB seperti dibawah.. dan ada hamba Allah buat report polis..
Jemaah Miri ini yang dah buat saringan dan duduk surau tidak pergi kemana-mana kecuali ke kedai beli barang, diangkut oleh pegawai KKM dan di bawa ke HTAA untuk dikuarantin, pada malam bermula larangan pengerakan seluruh malaysia," jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.
Penjelasan oleh Abu Yusof itu hanya dikongsikan lebih dari 300 orang sahaja berbanding fitnah yang ditularkan mencapai ribuan perkongsian.
Tinjauan mendapat beberapa portal telah memadamkan berita fitnah itu. - 21 Mac 2020.