#Covid19, Kronologi Lengkap 19 Kematian Update 25 Mac 2020.
COVID19| Kematian Covid19 di Malaysia adalah 19 kes dan ini adalah kronologinya;
#Kes178 : Ialah lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia pada 17 Mac.
#Kes358 :Ialah lelaki warga tempatan 60 tahun mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac. Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.
#Kes152 : Pesakit ialah lelaki warga tempatan 58 tahun dari kluster kes tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau 20 Mac, jam 6.27.
#Kes238 : Kematian keempat ialah seorang lelaki berusia 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke dalam Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection. Beliau diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima. Kesihatan beliau merosot dari hari ke hari dan pada jam 21 Mac 2020, beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 pagi.
#Kes1031 : Kematian kelima merujuk seorang warga emas berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari. Pada hari kedua, beliau mengalami kesukaran bernafas namun keluarga tidak mempersetujui beliau diberi bantuan alat pernafasan. Beliau dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.
#Kes1032 : Kematian keenam pula melibatkan anak perempuan kepada #Kes1031. Seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020. Beliau disahkan positif COVID pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.
#Kes290 : Kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu. Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.
#Kes781 : Kes kematian kelapan ialah seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 pada jam 4.00 petang.
Di Twitter, anak bagi #Kes290, mengesahkan bapanya meninggal dunia kerana covid19 dan beliau tidak dapat menguruskan jenazah ayahnya kerana menerima rawatan akibat positif covid19 bersama kakaknya.
#Kes890 : Ia adalah lelaki warganegara Malaysia yang berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
#Kes259 : Ialah lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster tabligh. Beliau disahkan positif pada 14 Mac dan diberikan alatan bantuan pernafasan setelah kesihatannya merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac di Hospital Pulau Pinang.
#Kes1070 : Warganegara Malaysia yang berusia 70 tahun dan mempunyai penyakit kronik. Beliau pernah ke Indonesia pada Februari 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac, jam 9.05 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz UKM.
#Kes1114 : Lelaki tempatan yang berusia 70 tahun dan merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan. Beliau dirawat di Hospital Klang dan meninggal dunia pada 23 Mac.
#Kes1006 : Lelaki warga tempatan yang berusia 49 tahun. Merupakan anak kepada pesakit #Kes1031 yang dilaporkan mati pada 18 Mac. Beliau meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac.
#Kes595 : Wanita tempatan yang berusia 51 tahun dan merupakan kontak rapat kluster tabligh. Beliau dirawat di Hospital Miri dan disahkan meninggal pada 23 Mac.
#Kes1519 : Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling). Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.
#Kes1334 : Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.
#Kes1251 : Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.
#Kes1625 : Kes kematian ke-18 merupakan kes ke-1625, lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor pada 20 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 2.00 pagi.
#Kes1246 : Kes kematian ke-19 merupakan kes ke-1246, perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.53 pagi.
- 25 Mac 2020.