#Covid19, #Kes136 Minta Maaf Selepas Dikecam Teruk Netizens.
SOSMED | Dengan kematian kedua kluster kes tabligh, #kes136 nampaknya semakin tertekan apabila dipersalahkan netizens tanpa henti.
Ia bermula apabila KKM mengumumkan kematian pertama dan kedua pada 17 Mac 2020. Kematian pertama adalah dari kluster kes gereja. Dan kematian kedua, adalah dari kluster kes tabligh. Dan tadi, KKM baru sahaja mengesahkan kematian ketiga covid19, yang juga kematian kedua dari kluster kes tabligh (rekod 20 Mac).
Beberapa portal kemudiannya melaporkan pesakit136 boleh didakwa kerana gagal kuarantinkan diri selepas pulang dari Korea. Kesan dari laporan itu, beberapa pihak tampil diruangan komen dan menjelaskan cerita dari pihak mereka.
Misalnya;
Dan lagi;
Mengamuk juga..
Perbualan sesama netizens ini nampaknya telah sampai ke pengetahuan pesakit136, yang akhirnya menyebabkan pesakit136 membuat sesi luahan perasaan di group travel agent;
Sesi luahan perasaan itu pula disokong oleh ramai geng-geng travel agent.
Sebagai rekod, #kes136 dikatakan punca kepada;
- ratusan jemaah tabligh dijangkiti wabak kerana kes136 tidak kuarantinkan diri selama 2 minggu selepas pulang dari Korea. Kes136 telah menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Feb hingga 1 Mac 2020.
- Dalam carta yang dikeluarkan KKM sebelum ini, kes136 ditandakan dengan warna merah.
- Serentak dengan pendedahan KKM itu, beberapa netizens kemudiannya membuat post di Facebook, Twitter yang ditujukan khas kepada kes136. Ada yang maki, marah dan tak kurang juga nasihat secara elok. Pada ketika itu, kluster kes tabligh belum pun mencapai belasan kes, yakni 6 kes.
- Apabila jumlah jangkitan semakin bertambah, kes136 dipersoalkan netizens. Ada yang memburu maklumat serta identiti kes136.
- Apabila berlaku sahaja kematian pertama membabitkan kluster tabligh, sudah tentu tidak dapat dielakkan, kes136 akhirnya menjadi sasaran dan kecaman masyarakat.
Bagaimanapun sehingga kini KKM tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan tanggapan masyarakat yang menyalahkan kes136 sebagai punca utama gelombang kedua covid19 di Malaysia.
Di Twitter, nampaknya kes136 telah laju-laju menghilangkan diri. Mungkin dia perasan telah menjadi sasaran kemarahan netizens.
Ada maklumat mengatakan kes136 mahu menyaman, tetapi setakat ini ia belum disahkan.
Di Twitternya juga, kes136 membuat permohonan maaf. Dan katanya, beliau negatif selepas disahkan pulang dari Korea. Dan memohon semua pihak jangan tabur fitnah dan salah menyalahkan.
Dalam kes kluster tabligh kita dapati;
- kegagalan individu kuarantinkan diri mengikut nasihat KKM. Ini kesilapan pertama.
- kegagalan sesetengah pihak beri kerjasama selepas didedahkan berisiko dijangkiti covid19. Samada enggan tampil ataupun menipu. Ini kesilapan kedua.
Satu orang buat silap, ratusan jadi mangsa. Apabila dikalangan ratusan itu pula meneruskan kesilapan yang sama, akhirnya ribuan yang lain terbabit. Dan kesilapan tak berhenti disitu.
Masyarakat yang panik telah meneruskan kesilapan kes136 dengan menjadi panik, menjadi degil, menjadi selfish, keluar dari kawasan wabak.
Ia samada kita melanjutkan kesilapan itu ataupun mula mengubah dari sekarang.
Sudah tiga terkorban dan kita tak boleh ubah itu. Sudah 1,030 dijangkiti dan itupun kita tak boleh ubah. Tetapi untuk akan datang, kita boleh ubah. Mestilah #dudukrumah, kuaratinkan diri jika baru travel, patuhi nasihat KKM, dan jagalah kebersihan diri. Jangan langgar polis bila perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Kita taknak jadi macam Itali. Kita mampu mengubahnya. - 21 Mac 2020.