t>

Breaking News

Senarai Lengkap Lokasi Disahkan Dikunjungi Oleh Pesakit Positif #Covid19.

COVID19 | Setakat 13 Mac 2020, jam 10 pagi Malaysia mencatatkan 158 kes positif #Covid19 yang disahkan.

Malaysia juga tidak membenarkan rakyat ataupun mana-mana warga asing yang datang dari Korea Selatan, Itali dan Iran memasuki negara dan transit di mana-mana pintu masuk antarabangsa bermula 12 Mac dan larangan yang sama dikenakan ke atas Denmark bermula 14 Mac.




KKM juga memaklumkan kesemua perhimpunan awam haruslah ditangguhkan bagi membendung penularan wabak.

Ini adalah gelombang kedua jangkitan Covid19 di Malaysia, yang bermula 27 Februari 2020. 

Positif : 158


Masih dirawat : 132

Pulih : 26


Kritikal : 2


Kematian : 0


Senarai lokasi yang dikaitkan dengan wabak adalah seperti berikut;


1. Pantai Medical Centre, KL.

- #Kes24, warga Jepun positif Covid19. Diagnose pada 28 Feb. #Kes29, pesakit yang sama-sama duduk dalam wad dengan #Kes24 telah dijangkiti. Jururawat yang bertugas, #Kes27 juga dijangkiti. Kesemua wad yang terlibat telah dibersihkan. Kes disahkan pada 27 Feb.

2. Church of Our Lady of Guadalupe, Taman Industri, Puchong.

- 3 ahli gereja disahkan positif Covid19. Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan sebelum gereja dibuka semula kepada orang awam. Menurut maklumat, salah seorang paderi telah menghadiri perhimpunan pada 29 Feb jam 6.30 petang. Beliau (pesakit Y) duduk disebelah kawannya (pesakit X) yang didapati positif Covid19 pada 5 Mac. Seorang lagi (pesakit Z) yang positif Covid19 juga menaiki kenderaan yang sama dengan pesakit X. Pesakit Z positif Covid19 pada 1 Mac. Kes disahkan pada 6 Mac.

3. Kampus KDU Glenmarie

- Salah seorang pelajar dijangkiti Covid19 pada 1 Mac dan kerja-kerja pembersihan telah dilakukan. Kes disahkan pada 9 Mac. 

4. Kondominium Bukit Gembira, Kuchai Lama, KL.

- Salah seorang penghuni kondo disahkan positif Covid19 pada 5 Mac. Pihak pengurusan keluarkan notis dan melakukan kerja-kerja pembersihan ke atas seluruh bangunan. Kes disahkan pada 5 Mac.

5. Plaza 33, PJ.

- Seorang agen insurans disahkan positif Covid19 selepas menjalani kursus di pejabat AIA pada 4 Mac. Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan termasuklah di butang-butang lif dan pintu. Kes disahkan pada 10 Mac.

6. SJK (C) Batu 11 Cheras.
- Seorang murid disahkan positif Covid19 pada 10 Mac. Murid itu tidak ke sekolah bermula 4 Mac. Cikgu dan rakan sekelasnya menjalani ujian saringan. Pada 10 Mac proses membasmi kuman dilakukan dan kerja-kerja pembersihan dilakukan secara kerap. Kes disahkan pada 10 Mac.

7. Menara UEM, KL Sentral

- #Kes26 ialah BOD Uda Holdings dan pegawai senior Khazanah. Pada 1 dan 2 Mac, pejabat ditutup bagi melakukan kerja-kerja pembersihan dan dibuka semula pada 3 Mac. #kes31, #kes32, #kes34, #kes35 (human to human dengan #kes30), #kes36 (human to human kepada #kes39), #kes38 (human to human kepada #kes42), #kes40, #kes45, #kes49, #kes50, #kes33 (human to human dengan #kes43), #kes37, #kes46, #kes47 (human to human dengan #kes44). Kes disahkan pada 2 Mac. Dianggarkan dari #kes26, menjangkiti 44 yang lain (setakat 13 Mac).

8. Pertama Complex

- #Kes26 ialah BOD UDA Holdings. Ibu pejabat Uda di Pertama Complex. Kerja-kerja pembersihan dilakukan pada 4 Mac.

9. Ancasa Hotel, KL.

- #Kes26 juga menghadiri event di sini dan kerja-kerja membasmi kuman telah dilakukan. Kes disahkan pada 4 Mac.

10. SJKC Kuen Cheng (1).

- Keluarga kepada seorang murid disahkan positif Covid19. Pihak sekolah memaklumkan kepada kesemua murid pada surat bertarikh 10 Mac. Keluarga murid yang dijangkiti telah dikuarantinkan pada 4 Mac. Kerja membasmi kuman di SJKC Kuen Cheng dilakukan pada 10 Mac. Kesemua murid akan melalui proses screening suhu sebelum dibenarkan masuki premis. Semua jenis program dan perhimpunan juga dibatalkan sehingga 5 April. Kes disahkan pada 10 Mac.

11. Subang Jaya Medical Centre

- Wad kecemasan ditutup sementara selepas 3 disahkan positif Covid19, termasuklah seorang kakitangannya. Wad kecemasan dibuka semula pada 3 Mac. Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan. Kes disahkan pada 4 Mac.

12. KWSP Jalan Raja Laut.

- Pada 27 Feb, ahli KWSP mengunjungi premis pada jam 2.00 hingga 2.30 petang. Ahli itu disahkan positif Covid19 pada 3 Mac. Staff yang ada direct contact dengan pelanggan menjalani ujian, manakala yang lain dikuarantinkan. Kerja-kerja pembersihan dilakukan pada 13 Mac dan akan dibuka semula pada 16 Mac.  Kes disahkan pada 10 Mac.

13. Menara Maybank

- Seorang kakitangan diletakkan dalam pengawasan rumah dan disahkan positif Covid19 pada 1 Mac. Kerja-kerja pembersihan dilakukan. Kes disahkan pada 8 Mac.

14. Wisma MCA, Jalan Ampang, KL

- Seorang peguam disahkan positif Covid19 selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan Badan Peguam Kuala Lumpur di Wisma MCA pada 27 Feb. Kerja-kerja membasmi kuman dilakukan pada 6 Mac. Kes disahkan pada 6 Mac.


15. Wisma FELCRA, Setapak Jaya, KL.

- Seorang kakitangannya disahkan positif Covid19 dan kerja-kerja membasmi kuman dilakukan pada 4 hingga 6 Mac. Kes disahkan pada 3 Mac.

16. Taman Desa Medical Centre, KL.

- Salah seorang kakitangan mempunyai contact dengan pesakit Covid19 dan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur. Wad yang terjejas telah dibersihkan dan staff yang terlibat dikuarantinkan. Kes disahkan pada 5 Mac.

17. HQ SKMM, Putrajaya.

- Seorang kakitangan SKMM disahkan positif Covid19 pada 10 Mac. Pesakit dikuarantinkan pada 4 Mac dan suami pesakit juga ada close contact dengan pesakit Covid19. Premis menjalani pembasmian kuman pada 5 dan 6 Mac. Kes disahkan pada 10 Mac. 

18. REAL Kids Ara Damansara

- Seorang guru disahkan positif Covid19 pada 10 Mac setelah mengalami tanda-tanda pada 4 Mac. Guru itu dimasukkan pada wad pada 7 Mac. Dan sekolah ditutup. Kerja-kerja pembersihan dilakukan dan kes disahkan pada 11 Mac.

19. HQ Hong Leong Assurance, PJ.

- Salah seorang kakitangan Hong Leong (HL) MSIG Takaful Bhd (HLMT) mengalami gejala pada 2 Mac dan kuarantinkan diri sendiri. Padan 6 Mac disahkan positif Covid19 dan close contact bersama pesakit juga dikuarantinkan. Kerja-kerja pembersihan dilakukan pada 7 dan 8 Mac termasuklah ruang solat, cafeteria dan tandas. Proses screening suhu juga dilakukan terhadap setiap orang yang memasuki premis. Kes disahkan pada 9 Mac.

20. Fitness First, IOI Mall.

- Pengurusan Fitness First memaklumkan kepada semua pelanggannya, gym akan ditutup pada 8 dan 9 Mac bagi kerja-kerja pembersihan selepas salah seorang pelanggannya disahkan positif Covid19. Kes disahkan pada 9 Mac.

21. HQ Sirim

- Pada 11 Mac, salah seorang pekerja Sirim disahkan positif Covid19. Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan dan staff yang terbabit dengan direct contact melalui proses kuarantin 14 hari serta-merta.

22. Ibu Pejabat JKR, KL.

- Salah seorang kakitangannya disahkan positif pada 8 Mac dan kerja-kerja pembersihan dilakukan. Staff yang terlibat dikuarantinkan dan menjalani ujian. Keputusan dijangka keluar pada 13 Mac. Kes disahkan pada 11 Mac.

23. Sunway Putra Mall, Chow Kit, KL.

- Seorang kakitangan Sunway positif Covid19 selepas dijangkiti. Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan dan kes disahkan pada 11 Mac.

24. SMK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, KL.

- Pada 11 Mac seorang pelajar disahkan positif Covid19. Kesemua pelajar yang sekelas dengan pesakit perlu menjalani ujian dan dikuarantinkan. Guru-guru juga diarahkan berbuat perkara yang sama. Peperiksaan awal tahun ditangguhkan pada 23 Mac. Kes disahkan pada 11 Mac.

25. Menara TH Perdana.

- Pegawai SUHAKAM disahkan positif Covid19 pada 11 Mac selepas ada direct contact dengan pesakit Covid19 dan pejabat SUHAKAM ditutup pada 11 Mac hingga 13 Mac bagi melakukan proses pembersihan. Kesemua staff diarahkan bekerja di rumah. Dan KKM juga menasihati orang ramai yang ada direct contact dengan kakitangan SUHAKAM untuk menjalani pemeriksaan.

26. A Salon, Melawati Mall.

- Seorang pelanggan A Salon positif Covid19 pada 2 Mac. Kerja-kerja membasmi kuman dilakukan pada 10 Mac. Kes disahkan pada 10 Mac.

27. Masjid Sri Petaling.

- Seorang warga Brunei #Kes1Brunei disahkan positif Covid19 yang juga kes pertama di Brunei pada 10 Mac selepas menghadiri ijtima tabligh. Perkembangan itu dimaklumkan kepada KKM. Kerja-kerja pembersihan kemudiannya dilakukan. #Kes131, #Kes136, #Kes151, #Kes152, #Kes157, #Kes158 di Malaysia adalah dari lokasi yang sama.

28. Hospital Bentong, Pahang.

- #Kes131 adalah merujuk kepada kes jemaah tabligh yang menghadiri ijtima di Masjid Sri Petaling pada 27 Feb hingga 2 Mac. Disahkan positif Covid19 pada 10 Mac selepas mengalami sesak nafas pada 8 Mac. #Kes131 kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Kes disahkan pada 11 Mac.

29. Motorola Solutions Malaysia, Bayan Lepas.

- Seorang pekerja Motorala disahkan positif Covid19 kerana mempunyai contact rapat dengan pesakit Covid19. Beliau telah ke Kuala Lumpur seminggu sebelum disahkan positif. Keseluruhan kawasan syarikat Motorola telah dibasmikuman pada 9 Mac.

30. UOB Bank, Cawangan Lebuh Bishop.

- Pekerja UOB, George Town disahkan positif covid19 seminggu selepas menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. Kakitangan yang berdekatan dengannya diarahkan untuk kuaratin. Pada 16 Mac, premis ditutup bagi kerja membasmi kuman dan dibuka semula pada 17 Mac. Kes disahkan pada 14 Mac.

31. Universiti Tun Hussien Onn, Kampus Pagoh.

- Salah seorang kakitangan disahkan positif covid19 dan kampus ditutup pada 16 Mac hingga 19 Mac bagi kerja-kerja pembersihan. Semua kakitangan diarahkan bekerja dari rumah kecuali yang terlibat dalam bahagian kesihatan, keselamatan, penyelenggaraan dan pengurusan. Kes disahkan pada 15 Mac. 

32. Lapangan terbang Sibu.

- MP Sarikei (DAP) disahkan positif Covid19 telah mengambil penerbangan dari KL ke Sibu pada 2 Mac. Kes disahkan pada 15 Mac.

33. Lapangan terbang Miri.

- Kes 1 di Brunei mengesahkan telah travel dari KL ke Brunei melalui penerbangan Air Asia pada 3 Mac, beliau juga sekali lagi ke Miri pada 6 Mac. Kes disahkan pada 10 Mac.

34. Sungai Tujuh, Kaunter Check Point Immigresen.

- Kes 1 Brunei telah menggunakan laluan sempadan Brunei-Sarawak dari Miri. Kes disahkan pada 12 Mac.

35. Hospital Papar.

- Pesakit kedua positif covid19 di Sabah, lelaki, 42 tahun, dimasukkan ke Hospital Papar semasa menjalani pemeriksaan pada 12 Mac sebelum dipindah ke Hospital Queen Elizabeth. Beliau direkodkan menghadiri perhimpunan tabligh. Kes disahkan pada 10 Mac.

Akan dikemaskini.