Zarina Anjoulie Dedahkan Tangkap Layar Group Artis Membawang Netizens.
SOSMED | Kisah netizens bergaduh dengan kumpulan artis di sosial media nampaknya memasuki fasa baru.
Ingatkan dah habis bila Tomok, Black, Shuib dan Achey meminta maaf secara serentak dan terbuka kepada netizens.
Tetapi rupanya belum lagi.
Babak baru kali ini mendedahkan terdapat sekumpulan artis yang menyertai group Telegram dengan nama : Bantuan Covid Seniman.
Dipercayai group ini bertujuan membela tindakan Presiden Seniman yang membuat beberapa tuntutan dari kerajaan.
Antara tuntutan mereka ialah, bantuan kecemasan, bantuan etunai, bantuan kerugian seni, baucar barangan keperluan dan bantuan tunai bagi yang tiada KWSP.
Group tersebut dilihat tidak berpuas hati terhadap tindakan Zarina yang mengecam artis kerana membuat tuntutan berlebihan.
Group itu juga dilihat mempertikaikan reaksi netizens yang tidak bersetuju dengan tuntutan SENIMAN.
Zarina sebelum ini mendakwa terdapat artis yang hidup bermewah dengan membeli kenderaan mahal dan barangan berjenama tetapi tiba-tiba nak meminta pelbagai bantuan khas dari kerajaan kerana gagal menguruskan kewangan diri.
Malahan terdapat golongan artis yang menunjukkan kehidupan mewah mereka secara berlebihan di sosial media masing-masing seolah-olahnya terlalu kaya.
Kenyataan Zarina itu disokong oleh ribuan warganet di laman sosial.
Maka bermulalah perang di antara geng artis dengan netizens. Boleh dikatakan hampir kesemua netizens mengkritik golongan selebriti kerana membuat tuntutan yang menurut anggapan mereka, tidak wajar dan munasabah.
Beberapa artis yang pada awalnya mempertahankan isu tuntutan bantuan nampaknya mula mengendurkan diri.
Bagaimanapun sekumpulan artis yang senyap di sosial media rupa-rupanya dalam diam membawang mengenai kemarahan netizens terhadap mereka, dedah Zarina dalam satu kenyataan hari ini.
Lihatlah gambar-gambar tangkaplayar dibawah ini;
Setakat ini, beberapa nama artis yang terdapat dalam keratan tangkaplayar di atas belum mengeluarkan apa-apa respon lagi mengenai penyebaran gambar-gambar tersebut.
Serentak dengan penyebaran paparan tangkaplayar ini juga, nampaknya warganet telah mula menyerang artis tertentu. Perang belum habis. Netizens ada banyak masa kerana cuti tambah lagi 14 hari kata mereka. - 31 Mac 2020.