t>

Breaking News

JAKEL Syarikat Muslim Yang Suka Menderma Untuk Madrasah.

SOSMED | Nampaknya netizens masih lagi dalam mood membawang JAKEL. Dikala ribuan netizens mengherdik dan mengacam mahu memboikot JAKEL, terdapat seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Uthman Daud yang bercerita sisi positif mengenai pemilik syarikat JAKEL.

Kisah itu dikongsikan oleh Uthman di Facebooknya dan menjadi tular.

Dan ini adalah apa yang Tuan Uthman kongsikan kepada orang ramai pada Isnin;

Oleh : Uthman Daud

Boikot Jakel?

Tular hari ni tentang kes keluarga Dato Feroz menghina bangsa Melayu. Dan ramai melakukan kempen boikot Jakel kerana kesilapan ahli keluarganya itu.

Saya sebenarnya tak ingin nak tulis hal ni, tapi bila membaca mereka yang marah dengan post tersebut, rasa terpanggil juga untuk menulis. Maafkan saya Dato’ Feroz kalau Dato’ baca post saya ni, saya terpaksa dedahkan apa yang Dato’ sembunyikan selama ini demi kebaikan bersama.



Jakel terkenal dengan butik baju, kain dan karpet yang berkualiti di tanahair kita. Disebalik kisah jualan yang hebat, sebenarnya kita tak tahu bahawa duit keuntungan yang mereka dapat banyak disalurkan di madrasah-madrasah tempatan dan juga luar negara terutamanya di negara ketiga seperti Bangladesh dan lain-lain. Saya tak kenal Dato’ Feroz secara peribadi, tapi saya kenal seorang maulana yang dilantik oleh Dato’ Feroz untuk meluluskan permohonan bantuan dari mana-mana madrasah agar ia disalurkan pada tempat yang betul.

Tidak cukup dengan itu, majlis-majlis perhimpunan ulama dan sebagainya, antara penyumbang besar adalah Jakel, tapi mereka tak letakkan nama syarikat mereka sebagai penaja majlis. Hanya orang yang terlibat secara langsung dalam majlis itu sahaja yang tahu tentang ini.

Pada setiap Jumaat, Dato’ Feroz sedekahkan duit selepas habis solat Jumaat. Kadang-kadang beliau sendiri yang beri dan kadang-kadang melalui staf beliau.

Ini apa yang saya tahu, dan apa yang tak tahu itu entah berapa banyak lagi sumbangan beliau ke atas agama ini melalui harta yang beliau dapat. Yang membuat salah adalah salah seorang daripada keluarga beliau, tapi yang ajaibnya perniagaan beliau yang hendak diboikot. Dan adakah kerana satu kesalahan itu terus menghilangkan segala kebaikan lain yang pernah beliau lakukan?

Bulan Ramadhan sepatutnya bulan sabar. Bulan didik nafsu amarah kita agar menjadi seorang mukmin yang sejati. Jangan biarkan berlaku permusuhan dalam bulan yang mulia ini. Si pelaku sudah pun minta maaf, apalah salahnya kita pun merendahkan hati untuk memaafkan atas ketelanjuran tersebut. Semoga Allah jaga hati kita dan tidak hancurkan pahala ibadah kita seperti pasir yang ditiup angin. Aaminn..

P/s : wallahi saya tak pernah dibayar oleh pihak Jakel untuk share tentang ni. Baik sebelum mahupun sekarang..