t>

Breaking News

Rangkuman Beberapa Fitnah Terhadap Rohingya.

SOSMED | Di sosial media sekarang terdapat beberapa pihak menyebarkan fitnah terhadap Rohingya.

Perlu diingatkan, perjuangan rakyat Malaysia yang mahu membetulkan keadaan, hanya perlu bercakap soal;

polisi
dasar
sistem
pengurusan
undang-undang
akta
penambahbaikan

Jika nak bercakap sampai;

menfitnah
menghalalkan pembunuhan
padanmuka kan golongan tertindas dan teraniaya
mengelar mereka yahudi, kafir, babi dan anjing
mendorong rasisma dan kebencian melampau

Itu bukanlah sebahagian dari perjuangan. Ia sebaliknya adalah kebencian taksub. Dan ingatlah, tiada jaminan Malaysia takan jadi macam Rohingya. Oleh itu berpada-padalah semasa melontarkan pandangan dan komen masing-masing.

Ada beberapa pihak yang menyebarkan fitnah ke atas Rohingya. Tidak pasti kenapa mereka melakukan perbuatan tersebut. Dan artikel ini bertujuan memberikan pencerahan atas fitnah-fitnah yang tular itu.

1. Perasan tak ramai yang sebarkan video ini? Sebenarnya, apa yang dicakapkan oleh individu tersebut tak sama dengan versi terjemahan. Dia bercakap soal pembelaan ke atas Rohingya yang dizalimi di Rakhie bukannya menuntut hak sama rata di Malaysia.




2. Ini juga adalah fitnah.



Jeneral Dato Dr. Mohd Radzi telah membuat penjelasan di Facebooknya tadi.

"Salam Ramadan,

Adalah dimaklumkan bahawa tindakan individu yang telah copy gambar saya dan masukkan dalam artikel ini dan juga menulis nama penuh saya termasuk perkataan ATM adalah satu perbuatan yang salah dan tidak bertanggungjawab. Dan kemudiannya menggunakan hasilnya dan disebar luas untuk kepentingan tertentu yg saya tidak tahu apa tujuannya.

Rekabentuk artikel sebegini, bukannya dari saya.

Terima kasih
," katanya.


3. Sebaran dibawah ini juga adalah fitnah. Ia didedahkan oleh Halim Abdulrahman Halim di Facebooknya.

"Masyarakat punya benci, fake account pun dia percaya. Kualiti pecah pada pixel pada fb 'Amir Basri' menunjukkan gambar itu di ambil dari google.

Ada pihak dari kalangan 'warganegara' cuba mengapi-apikan isu ini serta menjadi penghasut dengan mewujudkan akaun palsu, gambar edit dan kenyataan yang dimanipulasi.

Bodoh segelintir kita kerana mudah percaya lalu ada sampai ada sanggup menghalalkan darah kaum pelarian
," dedahnya dalam satu kenyataan.



Artikel ini akan dikemaskini dari masa ke masa bagi membetulkan fitnah ke atas Rohingya. 

Ingatlah, perjuangan membetulkan kembali sistem negara tidak boleh sama sekali ada unsur fitnah meskipun kita punya niat yang baik. Bercakaplah ia sebagaimana ia berlaku dan jangan sesekali menyelitkan fitnah.