t>

Breaking News

5 Langkah Penyelesaian, Keselamatan Dan Kemanusiaan Ke Atas Pelarian Rohingya - Amirul Mukminin.

Oleh : Amirul Mukminin

5 LANGKAH PENYELESAIAN , KESELAMATAN DAN KEMANUSIAAN PELARIAN ROHINGYA.
Pada masa Covid19 , Malaysia digemparkan dengan percubaan pelarian Rohingya untuk masuk ke perairan Langkawi dengan berjaya dipatahkan oleh Pasukan Keselamatan ATM begitulah seperti yang dilaporkan Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Ini membuktikan kecekapan dan kemampuan pertahanan negara yang jitu. Dalam masa sama di Selayang terdapat ura-ura yang kononnya pelarian rohingya ingkar arahan Kawalan Pergerakkan, sedang pula warga Malaysia berdebar menghadapi Covid19. Ini membuatkan segelintir warga-net marah dan pelbagai sentimen rasisma, xenopobia juga fitnah berlegar.

 


Ada sarjana menyuarakan soal ber-hak-nya Malaysia mengutamakan keselamatan, ini benar kerna Malaysia tidak menandatangani Perjanjian Pelarian Antarabangsa PBB 1951. Tetapi saya mahu sentuh isu ini lebih mendasar dan sistematik.

Pelarian merupakan cabaran geopolitik dalam dunia globalisasi. Kadangkala ia boleh mengugat kestabilan sosio-ekonomi negara jiran. Namun mahu tidak mahu apabila berkalunya konflik, krisis kemanusiaan akan pasti melimpah (spill over) ke negara jiran dan kita harusnya mempersiap-siagakan polisi untuk menghadapinya. Perkara ini pernah pun dibangkitkan oleh DS Najib Razak dalam kenyataanya pada mac 2018 di Sydney dalam summit counter-terrorism.

Sayang sekali ketidak-rapian polisi akan menyebabkan masalah seperti kita hadapi kini. Pokoknya kita yang tidak berbecia rapi tapi yang ditunding-jari kepada pelarian ini.

Jadi ada beberapa perkara yang amat panting diberi perhatian;

1- Pengambilan:

Kerajaan misalnya harus menimbangkan pengambilan para pelarian. Berapa jumlahnya, bagaimana dan apa prosudernya. Persoalan yang perlu dijawab perlu atau tidak untuk diambil secara sah.

Jika tidak melalui jalan sah, jalan seludup akan berleluasa sehingga menyebabkan perhambaan modern, penipuan dan sebagainya. Kajian dijalankan oleh UKM memang terdapat penyeludupan Rohingya dan keberkaitannya dengan perdangangan manusia. Bahkan seperti saya nyatakan diatas kesan ‘spill over’ akan tetap berlaku.

Semasa Covid19, perlukah meraka dibenar masuk atau dibiar mati diatas laut? Jika dibenar masuk tentunya saringan wajib dijalankan. Bagaimana pula mereka jika didapati positif Covid19 dan bagaimana rawatan mereka?.

Pengambilan mereka juga harus didokumentasi. Dengan teknologi terkini misalnya AI, pendaftaran IP talifon pihak berkuasa seharusnya mampu menjejaki pegerakan mereka.

Proses mengambilan ini juga harus dikira untuk bérapa tempoh mengikut penyelesaian ke 5 diambil.

Di sebahagian negara misalnya Sweden dan Jerman mereka mengambil pelarian secara terpilih. Hanya yang berbakat dan berguna sebagai sumber teaaga manusia sahaja diambil. Namun, pada hemat saya hal ini tidak sesuai dilakukan untuk pelarrian Rohingya yang rata-rata datang dari latar kemiskinan dan kurang pendidikan.

2- Penempatan.
Mengendalikan Penempatan Baru tersusun untuk Rohingya yang berada di Malaysia. Ini termasuk pengiraan apakah mereka perlu ditempatkan dalam bandar atau Pulau transit.

Penempatan kem pelarian ini harus diselia dengan pengawasan keselamatan yang tinggi dan perlunya diadakan pertukaran polis/tentera berkala bagi mengelakkan korupsi dan rasuah. Kes samseng dan jenayah pelarian Vietnam di Pulau Bidong harus dijadikan iktibar dimana kawalan harus lebih diperketatkan, dan pihak penguasa harus ada ‘engagement’ dengan ketua komuniti.

3- Hak Asasi dan pendidikan.

Ramai yang alergik dengan perkataan ini. Mereka sangka pelarian ini menuntut hak sama rata dan warga negara. Ini tidak tepat. Sebaliknya, mereka meminta pendidikan asas dan insurans nyawa.

Pada tahun 2017, plan ini pernah dibentangkan oleh TPM Datuk Zahid Hamidi. Dimana kerajaan bersedia memberikan plan insuran, pendidikan pra-sekolah dan sekolah rendah dengan silibus Myammar kepada pelarian ini. Namun harus juga difikirkan untuk sekolah menengah dan pasca-itu.

Selain itu hak asasi juga termasuklah bekalan makanan dan air-api yang asas. Untuk mengelakkan pemanipulasian bantuan dan mengurangkan kos kerajaan harus bersedia bekerjasama dengan NGO tempatan dan Agensi Antarabangsa seperti UNHR dalam merangka gerak kerja. Atak tidak ada penipuan, terbagi dua tiga kali, mengurangkan kos kerajaan dan sebagainya. Pembahagian kerja antara NGO-INGO (international NGO) dan kerajaan kena adil dimana kerajaan haruslah hanya pemudahcara dan bantuan haruslah dari NGO. Plan bantuan itu harus bersifat jangka-panjang bukan one-off. Jika one-off bahaya untuk masa hadapan dan akan memanjangkan lagi krisis.

Pendidikan juga termasuk program tidak formal untuk memperkenalkan adab dan tatasusila dan undang-undangv negara. Program ini juga termasuk mengajar bahasa kebangsaan. Model ini telahpun dijalankan di Sweden, Perancis , Kanada dan Jerman. Ini kerana pelarian syria, iraq di barat antaranya masih gagal memahami undang-undang, dan budaya barat dan masih mahu hidup ‘gaya islam’ mereka . Program begini ada pro-kontra terutama di Barat. Misalnya beberapa budaya seperti betudung , azan tidak diterima oleh masharakat di Perancis.

Kes rohingya mungkin sedikit berbeza memandangkan agama yang sama dan cuma saja mereka harus belajar memahami dan menghormati budaya dan undang-undang Malaysia.

4- Tenaga Kerja Manusia.

Strategi yang bijak adalah bagaimana sebuah ancaman boleh diubah pada peluang. Di dalam plan 2017 itu juga , DS Zahid ada merancang untuk memberi latihan tenaga kerja separa mahir dan kurang mahir dan disalurkan pada sektor pertanian dan buruh. Ini adalah baik. Kita juga boleh mengurangkan kos import tenaga asing dari Bangladesh dan Nepal dan memberi peluang dengan kos lebih efektif. Misalnya dalam projek BRI kita boleh bernegosiasi untuk mengurangkan peratus buruh China dan megantikannya dengan teaaga Rohingya tana perlu import .

Tentunya semua ini dengan pemantauan. Apa yang berlaku di Cameron Highland dan pasar Selayang apabila mereka tidak diselia dengan baik dan mereka berjaya menguasai rantaian pasaran (market chain) setempat. Sekiranya mereka diselia dan dipantau, perkara ini dapat dielakkan dan dikurangkan.

5- Penyelesaian Konflik secara Struktural.

Maksud di sini perlunya negara-negara ASEAN+Austrialia dan PBB menyelesaikan masalah ini secara multilateral . Negera Mnyammar harus ditekan dan dihadapkan kepada keadilan antarabangsa. Setiausaha PBB António Guterres , 2018 menyatakan krisis ini salah satu krisis kemanusiaan paling dahsyat dalam dunia. Masakan tidak, mereka dirogol, dibunuh, dibakar hidup-hidup. PM ke -7 Tun Mahathir juga telah memberi tekanan kapada Myanmar.

Syukur pada 2019, Mahkamah Keadilan Dunia ICC telah menerima pembukaan kes pembersihan etnik rohingya ini. Walaupun begitu tentu sekali ia mengambil masa. Jadi sementara itu perenan negara sekitar untuk menekan dan mencadangkan penyelesaian dan pembinaan semula penempatan dan hak asasi rohingya di Myanmar. Kemudian barulah kita hantar pulang mereka .

Dengan ini pada hemat saya , kita berjaya mengimbangi keselamatan domestik negara dan isu kemanusiaan.