Ustaz Abu Syafiq Dakwa Difitnah, Tak Pernah Kafirkan Ebit Lew Dan FB Sebenarnya Digodam.
SOSMED | Ini adalah episode ketiga. Episode pertama disini, episode kedua, disini.
Sejak awal tularnya kisah keluarga Pak Aq, Ustaz Ebit Lew telah pun memohon maaf kerana niatnya tidaklah mahu menimbulkan salah faham ke atas pihak tertentu. Pendakwah itu sekadar mahu membantu sahaja. Berkali-kali meminta maaf, sehingga sekali lagi meminta maaf dalam kenyataannya yang panjang lebar disini.
Namun entah kenapa, semacam ada pihak yang lebih suka mencari salah dan buruk Ustaz Ebit Lew sahaja.
Meskipun tidak menyebutkan nama, ramai percaya kenyataan ini ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew.
Ustaz Abu Syafiq juga mempersoalkan kutipan derma yang diterima oleh pihak yang tidak beliau namakan itu.
“Adui. Banyak betul Pertubuhan kutip duit atas nama derma untuk orang miskin. Dapat RM5 juta. Derma RM500 ribu jek. Mana pergi baki RM4.5 juta. Beli kereta-kereta mewah dan kamera mahal kerr?,” soalnya dalam kenyataan itu.
Akibat dari kenyataan ini juga, beberapa netizens kemudiannya melancarkan serangan dan membuat teguran ke atas Ustaz Abu Syafiq.
Sesetengahnya mula menyemak post lama Ustaz Abu Syafiq dan menemukan beberapa bukti, apa yang diperkatakan Ustaz Abu Syafiq adalah berbeza dengan apa yang beliau sendiri lakukan.
Beliau juga dilihat berkongsikan beberapa gambar ketika memberikan sumbangan, dan ya, kesemua wajah penerima, terpampang di Facebooknya.
Ustaz Abu Syafiq yang diserang itu pula dilihat enggan mengalah dan mempertahankan kenyataannya.
Sehinggalah ke tahap mengkafirkan Ustaz Ebit Lew, seperti tangkaplayar yang tersebar ini.
Hal ini kemudiannya menjadi tular dan semakin ramai yang report akaun Ustaz Abu Syafiq kerana berasa marah dan geram akan komen tersebut.
Namun, menurut Ustaz Abu Syafiq, akaun Facebooknya sebenarnya telah digodam.
Beliau menafikan pernah mengkafirkan Ustaz Ebit Lew.
"Penting. Page Facebook saya kena godam. Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary atas nama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary. Harap maklum. Saya Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak kafirkan orang Islam. Harap maklum,” memetik laporan Malaysiakini pada Khamis.
Portal itu turut melaporkan Ustaz Abu Syafiq belum membuat laporan polis kerana dikuarantinkan.
Tinjauan di Instagram Ustaz Abu Syafiq mendapati beliau sememangnya menafikan gambar tangkaplayar itu adalah dari dirinya dan mengatakan ia adalah PALSU.
Sementara itu beliau turut menganggap apa yang menimpa ke atasnya adalah ujian kecil yang bertujuan nak melaga-lagakannya dengan Ustaz Ebit Lew.
"Benda ini bagi saya kecil jer. Bak mainan dengan beberapa orang yang melaga-lagakan dan tak puas hati. Mereka menfitnah saya dengan seorang ustaz yang saya tak pernah jumpa pun ustaz tu.
Biasalah. Ujian kecil sangat. Nanti masuk Ramadhan boleh buat page FB baru saya akan rasmi atau sekarang boleh layari IG saya," tulisnya dalam satu kenyataan di Instagram.
Bagaimanapun reaksi netizens di IG itu tidak kelihatan kerana tidak dibenarkan komen. Manakala di Facebook, rata-rata netizens tidak mempercayai penjelasannya itu. - 24 April 2020.