Kronologi Kisah Azhar Ali Yang Scam Satu Malaysia Termasuklah PM Dan Menteri.
KRONOLOGI | Secara tiba-tibanya nama Azhar Ali aka Saturn meletup di Malaysia. Ini gara-gara 'budak Twitter' itu telah membuat satu tindakan yang memalukan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Sains Dan Teknologi, Khairy Jamaluddin, beberapa portal dan media tempatan.
Dan ini adalah ringkasan kejadian sebagai catatan sejarah tanpa niat mahu mengkondem mana-mana pihak yang dinamakan dalam kronologi ini;
- Pada 30 April, twiterer @theotherazharal berkata beliau telah memenangi pertandingan Artemis Challenge dan disebabkan itu beliau telah ditawarkan biasiswa dari NASA.
2. Tweet oleh Azhar itu kemudiannya menjadi tular kerana telah diretweet sebanyak lebih dari 30,000 kali (ketika 1 Mei).
3. Tweet Azhar itu juga dibalas oleh Menteri Sains, KJ ketika itu yang mengundang Azhar ke agensi angkasawan negara untuk berkongsikan kisah kejayaannya.
4. Menjadi lebih tular, apabila beberapa portal tempatan seperti SOYACINCAU dan Hitzfm serta THE PATRIOTS menulis mengenai kisah kejayaan Azhar Ali.
5. Berita tempatan seperti Buletin Utama juga turut melaporkan dalam stesen TV mereka. Ini terjadi, kerana PM Malaysia, mengucapkan tahniah kepada Azhar Ali. Selain itu, Timbalan Menteri KBS, Wan Ahmad Fashsyal dan Syahir Sulaiman juga retweet dan ucapkan tahniah.
6. Akibatnya, semakin ramai yang RETWEET dan mengucapkan tahniah kepada Azhar Ali. Getaran positif yang diterima oleh Azhar Ali seterusnya berpanjangan semasa beliau mengkritik cabang sains yang lainnya.
7. Ketika beliau mempertikaikan cabang sains yang lain, terdapat beberapa pihak yang mengkritik tindakan Azhar Ali. Azhar Ali kemudiannya membalas kicauan tersebut dan berkata beliau sekadar memberikan pendapat. Dan kicauan Azhar Ali itu ditangkaplayar dan disebarkan semula oleh penyokong Azhar Ali. Malahan halaman Si Rashid juga turut berkongsikan tangkap layar tersebut. Bagaimanapun, selepas Azhar Ali kantoi menipu, post itu dipadamkan.
8. Beberapa pemerhati di Twitter, yang tertarik dengan pergaduhan Azhar dengan pemilikK Twitter @pnxsthlina kemudiannya masuk campur dan mula menyemak kesahihan dakwaan Azhar Ali yang kononnya ditawarkan biasiswa NASA berikutan memenangi Artemis Challenge.
9. Dari situ, satu persatu cerita mula terungkai. Ia dimulakan oleh pemilik Twitter @khairulzulfadhli. Menurut Khairul, grafik yang disebarkan oleh Azhar Ali adalah versi edit. Dan beliau menuntut jawapan balas dari Azhar Ali secara terbuka.
10. Kicauan @khairulzulfadhli itu mendapat respon dari pengguna Twitter yang lainnya.
11. Satu persatu kemudiannya tampil menyemak benarkah Azhar Ali telah ditawarkan biasiswa NASA.
12. Mereka mula menyemak di website NASA. Nampaknya tiada rekod. Dan apabila ditanyakan kepada Azhar Ali, Azhar berkata, beliau masih baru dan perlu masa untuk rekodnya dimuatkan dalam website.
13. Krew SAYS.COM menghubungi Azhar Ali, namun tiada maklum balas.
14. Beberapa netizens lain juga mendesak jawapan dari Azhar Ali, namun tiada maklum balas.
15. Azhar Ali kemudiannya set Twitternya sebagai PRIVATE.
16. Semakin ramai yang tampil dengan bukti baru seperti hanya warga US dan punya status PR sahaja boleh menyertai Artemis Challenge dan ia perlu disertai secara berkumpulan selain perlu hadir ke Hudson bagi sesi test project.
17. Ketika ini KJ bertindak memadamkan tweetnya kepada Azhar Ali.
18. Sebilangan netizens mula memahami situasi sebenar dan mengelar Azhar Ali sebagai scammer.
19. Netizens mula mempersoalkan kredibliti media tempatan yang membuat berita dari cerita Azhar Ali tanpa melalui proses semakan dan pengesahan dari NASA.
20. "Media pun percaya Twitter dan petik sumber tak sahih. Ini baru satu yang kantoi. Bayangkan selama ini dah berapa banyak mereka cedok dan lapor berita tak sahih dan ianya tak kantoi, bahaya tak," ini antara sentimen netizens.
21. "Beberapa portal yang kononnya sembang tentang fakta, fakta, fakta, melayu, melayu, melayu, sejarah, sejarah, sejarah pun boleh kantoi sebarkan fake news. Adakah selama ini sumber mereka sahih? Adakah mereka benar-benar buat semakan dan sahkan ia? Nampaknya, ia boleh diragukan," ini juga antara sentimen netizens.
22. Azhar Ali bagaimanapun menafikan beliau menipu sebaliknya mendakwa telah ditipu.
23. Beliau kemudiannya membuka cerita kejadian bagaimana beliau ditipu.
24. Menurut Azhar Ali, beliau menyertai pertandingan design suit NASA pada 20 Mac. Kemudiannya menghantar penyertaan selepas dua minggu dan menunggu beberapa minggu kemudiannya untuk mendapatkan keputusan. Setelah itu beliau menerima keputusan melalui email dan mengatakan beliau antara 1% yang berjaya memenangi cabaran itu. Kejayaan tersebut Azhar muatkan di Twitter untuk berkongsikan kisah kejayaan dengan rakan-rakannya. Terdapat dua kumpulan yang respon terhadap cerita ini, satu mengucapkan tahniah, dan satu lagi menyemak kesahihan cerita. Dalam masa yang sama NUS telah menghantar pautan kepada Azhar dan Azhar telah menulis kepada NASA untuk mendapatkan pengesahan.
25. Azhar juga mahu semua pihak berhenti bercakap bagi pihaknya. Dan tidak akan meminta maaf memandangkan beliau juga adalah mangsa scam. Selain itu, Azhar juga berharap tidak dikecam kerana ia boleh merosakkan reputasinya dan kerjayanya. Azhar juga berasa kesal kerana menjadi mangsa penipuan dan perkara ini boleh mendorong kepada bunuh diri dan kemurungan. Nasihat Azhar, perkara yang boleh dipelajari dari kejadian ini adalah semak sebelum sebar. Ini termasuklah dirinya.
26. KJ juga memberikan respon dalam penjelasan Azhar itu. Kata KJ, "Yes, this is indeed a lesson for all of us (myself included) to fact check before sharing online. The compliments you received from many came from a good place of wanting to see a young Malaysian succeed. Don’t give up. Whatever people are saying, keep reaching for the stars".
27. Bagaimanapun, rata-rata netizens tidak mempercayai langsung penjelasan Azhar itu dan menyifatkan lelaki itu buat cerita discam kerana kantoi scam orang.
28. Netizens desak tunjukkan bukti email dan segala bagai apa yang didakwa oleh Azhar itu.
29. Bagi KJ pula, netizens tertawakan Menteri Sains itu kerana diperdayakan Azhar buat kali kedua kerana mempercayai penjelasan Azhar.
30. Sebagai rekod, KJ telah memadamkan kicauan pertama yang memuji kejayaan Azhar. Pemimpin berpengaruh yang lain juga memadamkan pujian masing-masing.
31. Untuk pengamal media, netizens beranggapan isu Azhar ini adalah satu kejayaan netizens dalam membuktikan pengamal media tidak bebas, tidak telus, tidak berintergriti, tidak amanah dan membuat laporan bias serta berpihak. Kerjaya wartawan yang kononnya disulam dengan fahaman kononnya perlu lakukan semakan fakta adalah auta dan tak berasas.
32. Setakat 4 Mei, Azhar Ali, masih tidak meminta maaf ataupun mengakui beliau telah menipu sesiapa sebaliknya tetap mendakwa, beliau adalah mangsa scam.
33. Kisah Azhar Ali ini juga membuatkan ramai pihak ragu-ragu terhadap keupayaan menteri dan ahli politik yang dengan mudahnya menjadi mangsa penipuan. - 4 Mei 2020.