Individu Kongsi Pengalaman Hadir Seminar Azizan Osman.
Oleh : Muhammad Ezral
First and last pengalaman aku dengan Azizan Osman. Ni cerita jujur aku masa zaman dulu kala. Aku ni memang minat berniaga dari kecil lagi.
Aku nak tengok apa content dia nak sampaikan. So terdetiklah di hati aku untuk hadir seminar Jijan Seman ni memandangkan ianya percuma time tu dengan tagline dia nak membantu anak bangsa thats y lah percuma.
Disebabkan PERCUMA since aku ni manalah kaya nak bayar mahal2 kan, so dengar je PERCUMA aku pun hadirlah ke kelas Jijan Seman, masa tu kena register dulu al maklumlah dia nak ambil database pelanggan.
Masa tu aku pergi dengan wife aku. Kenapa wife bukan wives? Masa tu wife sorang je. Haha. . Time tu seminar dia di Setia Alam iaitu di Setia City Convention Centre.
Aku dari rumah bertolak jam 6.30 pagi. Fuh bukan main semangat aku nak bersua dengan Bang Jijan Seman ni. Sampai sana aku tengok ada lagi orang lebih awal dari aku. Ada yang siap duk luar klang valley lagi sanggup datang ambil hotel sehari sebelum seminar ni. Fuh semangat betul.
So lama gak lah tunggu nak masuk Setia City Convention Centre tu. Cerita ni dah lama, masa tu aku ni fikir Jijan Seman ni memang orangnya hebat.
Yela time tu aku ni kan main ikut je mulut orang kata apa pun. Dalam benak pemikiran aku, dia ni mesti ada bisnes besar yang dia dah berjaya archive, yang dia ni mesti big boss besar sampai dia sanggup turun padang nak ajar bangsa melayu secara PERCUMA je. Rupanya sangkaan aku silap.
Dia ni bukan seperti yang aku sangkakan. Masa tu aku first time beb masuk kelas dia. Aku tak tahu apa helahnya di sebalik tu. Bila aku melangkah kaki je masuk ke seminar dia, fuh tetiba pakat jerit bila nampak Jijan Seman melangkah ke stage.
Ada yang bunyi dog dog dog, aku ingat ada anjing dalam seminar tu. Ala macam dalam gusti tu, penantian Undertaker keluar main enterance untuk naik stage, bunyi music pakat bersorak bila ahli gusti muncul. Tapi aku tak ikut bersoraklah just diam je and terkejut ingatkan wwe punya stage.
Bila keluar bang Jijan tu tetiba ada lagu pakat suruh berjoget lah, termasuklah kru kru dia duk suruh orang berjoget cam jilake. So berjoget lah tak kira lelaki perempuan. Aku tak ikut serta berjoget, just berdiri je. Aku duk tengok wife aku kot2 dia pun duk berjoget, alhamdulilah dia tak ikut serta.
Masa balik pun wife aku complain, entah pape seminar ni. Terlalu boring. Bini orang laki orang duk tengok masing2 berjoget. Pastu duk ulang benda yang sama je. Orang sebelah tak habis2 duk bisik kat telinga sebab Jijan suruh cakap kat orang sebelah apa yang dia cakap kena ikut. Arghhh cam jilake.
Yang hadir kelas percuma tu rupanya ada beberapa juga anak didiknya. Aku duk bercakap juga dengan diorang, diorang kata dah lama follow jijan ni. Lama betul boleh bertahan dengan air liur Jan ni. . Lepas habis lagu joget tu, bang Jijan pun kata, saya tengok ada yang tak ikut serta menari so tertujulah kat aku sekali tu, macam manalah anda nak berjaya katanya lagi, nak angkat tangan, lambai tangan pun anda dah malas.
Dalam hati aku, bukan malas tapi benda ni bodoh beb. Kau pernah tengok Jack Ma bagi talk, ada tak dia suruh orang menari ? Kau ingat apa ? Ni kelab malam ke, penari kabaret ke, akademi pantasia ke ? Jilake itu bukan ukuran untuk menentukan orang rajin atau malas dengan cara berjoget. Ok then dia pun mulalah menulis di kertas mahjong yang besar gedabak tu. Supaya orang boleh ubah mindset.
Di sini banyak menggunakan psikologi je lebih. Dia akan buat perbandingan antara orang makan gaji dan orang bisnes. Cerita di sini semuanya indah belaka dalam perniagaan.
Paling aku takleh lupa, dia cerita kesusahan dia, along cari lah, hutang banyaklah, sampai makpak dia jual tanah untuk settle hutang2 dia tu. Cerita dia ni katanya sebelum dia jadi seperti sekarang ni. Fuh seperti sekarang ni seperti apa? Jual water mouth? Nak cakap dia kaya? Sepanjang dia menjadi penglipur lara tu, aku tak tahu apa sebenarnya bisnes dia untuk dia mengajar orang tentang business.
Aku katakan dia ni ibarat pengulas sukan bolasepak yang nak jadi coach seperti Zinedine Zidane manage Real Madrid. Zidane takpela sebab dia sendiri pernah main bolasepak. Tapi kalau Zainal Abidin Rawop nak ajar orang main bolasepak dan manage team Real Madrid memang unacceptable lah. .
Masa dia bagi talk tu, sikit2 say ai, sikit2 cakap kat orang sebelah. Pastu pakat bodohlah ikut perintah bang Jijan. Meluat aku orang sebelah duk bisik di telinga aku. Boleh katakan memang itu yang selalu diulang ulang, cakap kat orang sebelah kau adoooo? Cakap kat orang sebelah sampai bila nak makan gaji?
Pastu siapa nak tahu say aiii. Kena orang sebelah tu pulak mulut berbau, fuh geram je aku nak suruh stop tapi hati aku berkata ini last aku datang untuk benda2 bodoh ni.
Lagi satu, yang aku ingat ayat dia kata, takdak orang melayu yang billionaire, yang kaya raya, turun padang untuk buat seminar ajar kita how to start the business, how to develop and improve your business. How to become millionaire.
Tapi dia sanggup bantu melayu buat kelas percuma lagi. Ayat cam jilake. Ayat dia yang viral hari tu pun dia pernah ucap sebelum ni, dia kata sifu dia kata kat dia, you kalau berniaga 3 tahun belum buat juta lagi baik u tak payah berniaga. Dia kata sifu dia cina entah nama siapa dia sebut pun aku tak kenal pun. Setakat main redah sebut sesiapa pun boleh. Entah nama siapa pun tak tahu.
Aku boleh nak sebut guru aku Carlos Slim Helu, Amancio Ortega, Larry Elison, Jeff Bezos, sekadar nak main tarah sebut. Benda tak proven pun. Kau boleh cakap anytihing, kau kenal public figure tu public figure ni, dia guru kau, tapi public figure tu tak kenal pun kau..
Dalam seminar percuma ni juga dia ada buka soalan buat audience. Aku mula terpinga pinga, why orang panggil dia 'dog' ? Aku confuse why and big why? Kenapa panggil dia 'anjing'? Budak2 ni memang panggil gitu ke? Rupanya doc tu dr dia kan ada 'phd' masa tu lah sebab tak tahu pun 'phd' dia tu menipu and sembang lebat. Pakat kena perbodoh belaka yang panggil dia doc tu.
Aku sebenarnya ada je soalan tapi disebabkan pada aku seminar tu tak mencapai apa yang aku inginkan so aku lupakan soalan aku. Aku ni memang jenis suka bertanya, kalau dalam kuliah memang aku antara penanya soalan yang banyak. . Part paling aku tak tahan nak gelak, bila dia offer voucher diskaun untuk masuk kelas premium berbayar dia tu.
Fuh macam binatang ternakan berebut rebut sampai sanggup lompat terbalik habis kerusi sebab nak dapatkan voucher yang dia tabur tu siapa cepat dia dapat.
Rugi katanya kalau tak dapatkan. Aku seperti biasa, just nengok je tanpa rasa nak pun pergi ke next kelas berbayar. Fuh time tu aku fikir, itu baru voucher diskaun kelas premium berbayar yang kos 4 angka ke 5 angka.
Kalau Dajjal datang bawa makanan time orang lapar, bawa wealth, tunai bukan kasi loan, boleh tengok berapa orang yang berkerumun berebut rebut. Rupanya, kelas percuma dia tu sebenarnya bukan percuma pun.
Dia nak tarik audience untuk pergi ke kelas berbayar dia. Kelas 'percuma' tu sebenarnya iklan cerita tamil lah. Sebelum main di panggung, so ada trailer dulu. Nak tau selanjutnya kau kena tonton di panggung jela secara berbayar.
So kat mana kata tujuan dia buat kelas percuma untuk bantu orang melayu ? Sedangkan jutawan, billionaire lain takde buat kerja sepertinya ni. Aku katakan, kalau yang benar benar jutawan, billionaire, dia akan buat kelas secara percuma je. Sebab dia dah kaya dengan hasil real bisnes nya bukan korang yang jadikan dia kaya dengan jual air liur.
Kalau kau jumpa jutawan, billionaire yang benar2 nak kongsikan ilmu, kau buat appointment hari ni, jumpa tahun depan pun berbaloi. Tapi takkan diaorang nak revealed macam mana diorang leh jadi jutawan. .
Satu lagi Jijan kata dalam seminar tu, dia hadiri kelas Richard Branson and kelas orang2 lain di luar negara, bayaran sampai putuhhan ribu dan ratusan ribu. Perghhhhh.
Dia spend banyak untuk dapatkan ilmu dari mereka yang berjutawan, billionaire untuk share dengan kita semua ni. Aku pun tak tahu yang Richard Branson ada buat kelas berbayar jual air liur macam dia buat. Yela nak kasi bukti real bisnes Jijan buat memang tak dapatlah.
Harapkan Jajan Jijan pun tak laku2 pun. Takkan nak bagitau dia berjaya dengan real business yang memang tak wujud pun melainkan Jajan Jijan yang tak laku tu je. Thats'y lah dia duk canang pergi kelas di luar negara untuk dapatkan ilmu bayar mahal2 supaya audience yakin dia ni boleh ajar orang pasal bisnes.
Aku antara insan yang memang takkan sesekali berurusan dengan manusia penipu seperti Jijan Seman. Dari segi Phd pun dah menipu. Pastu ajar orang buat loan riba, kena kuatkan documentation untuk buat loan riba rumah, kereta katanya sebagai reward diri. Reward apa kalau berperang dengan Allah dan Rasul.
Actually dia kaya bukan dengan real business, tapi koranglah membuatkan dia kaya. Bukan dia bantu melayu kaya, tapi melayu kena bantu dia jadi kaya. Macam mana seorang yang gagal dalam business jual keropok Jajan Jijan tu boleh nak mengajar orang naikkan business.
Dulu Jijan ni jugaklah yang meramal tarikh lahir untuk lihat future seseorang. Cara ni pun dah menyalahi agama islam. Boleh menyebabkan rosak aqidah dan syirik kepada Allah.
So personally, aku masukkan Azizan Osman ni ke dalam blacklisted aku sebagai manusia yang aku tak percaya. Berapa ramai yang dah berjaya, dah kaya raya cara halal tak pernah masuk pun kelas Azizan Osman.
Pada aku dia tak layak untuk jadi sifu business. Unless kau masuk kelas dia, kau nak jadi juga seperti dia iaitu jual air liur, jual ebook yang mana kau sendiri tak pernah buat pun apa yang kau perkatakan tu.
Pendapat aku, daripada kau masuk kelas dia, lebih baik lah kau spend duit untuk belajar muamalat, cari ilmu halal haram dalam cari makan ni. Sebab ramai yang kejar dunia, tapi dia jahil bab halal haram dalam dunia muamalat ni. Kalau kau hidup di zaman Umar, nescaya kau kena halau dengan dia dari pasar sebab tak tahu fiqh muamalat.