t>

Breaking News

Kerana Kuarantin 14 Hari Individu Ini Tak Dibenar Ziarah Jenazah Abah, Tetapi Menteri Pula Bebas Ke Sana Sini.

VIRAL | Seorang individu yang dikenali sebagai Aslam Ramli membuat luahan terbuka di Twitternya tentang tindakan double standard yang dikenakan ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali.

Menurut individu itu, beliau pernah dikenakan perintah kuarantin 14 hari dan tidak dibenarkan untuk keluar meskipun untuk melawat jenazah bapanya yang meninggal dunia dalam tempoh itu.

"Aku pun pernah buat swab test memang ada KKM bagi surat wajib kuarantin 14 hari di rumah walaupun result kau negatif... Ayah aku meninggal dunia time aku kuarantin tu tapi aku tak dapat balik tengok arwah pun... Tak adil kalau menteri ini tidak dikenakan sebarang tindakan ," luah Aslam dalam kenyataan itu.

Aslam turut menunjukkan bukti surat perintah kuarantin yang dikenakan ke atas dirinya di Twitter pada Selasa.

Bagi membidas layanan terpilih itu, Aslam telah membuat laporan polis supaya tindakan tegas dapat diambil ke atas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Dalam perkembangan berkaitan, hasil siasatan netizens mendapati sekurang-kurangnya Dr. Khairuddin telah hadir ke 10 acara yang melibatkan kehadiran orang ramai. Dan dalam kebanyakan acara itu, tak patuh SOP KKM pun seperti pemakaian pelitup muka dan menjaga jarak.

Jika disahkan positif, sudah tentulah ini akan menyukarkan kerja-kerja KKM. Oleh itu sama-samalah berdoa agar Khairuddin kekal negatif covid19. Kita fikirkan risiko dan kesihatan rakyat yang lebih utama. - 20 Ogos 2020.