t>

Breaking News

Isu #RUU355 Dan Sekolah Vernakular Tak Boleh Gopoh - Ustaz Mukhtar Suhaili.

SOSMED | Entah siapa agaknya yang PRINT SCREEN kenyataan Ustaz Muhtar Suhaili di group WhatsApp MPDSP Sektor Pendidikan sehingga menjadi tular di laman sosial.

Tidak dapat dipastikan samada tangkap layar itu tulen ataupun versi edit tetapi ramai penyokong Pakatan Harapan menyebarkan ia di akaun masing-masing.


Dalam kenyataan itu, Ustaz Mukhtar Suhaili dipercayai memperjelaskan hala tuju PAS dan tindakan Presiden PAS mengenai beberapa isu yang menjadi pertikaian. 

Antaranya isu penutupan sekolah vernakular dan RUU355.

"Ayah Chik (merujuk Presiden PAS) sebut dalam suasana sekarang kita jangan terlalu gopoh.. kerajaan goyah, akhafud dhararain.

Yang utama DAP tidak boleh sama sekali dibenarkan kembali berkuasa.

Sama seperti RUU355, tak dapat nak rush sekarang, sebab waqi' politik semasa," jelasnya dalam tangkaplayar perbualan WhatsApp itu. 

Ustaz Mukhtar Suhaili bagaimanapun belum memberikan apa-apa respon berhubung penyebaran tersebut setakat hari ini. - 1 September 2020.