t>

Breaking News

Kalah RM350 Kerana Berjudi, Orang Sungai Buloh Ini Mengesahkan Kedai Judi Haram Masih Dibuka Selepas Diserbu.

SOSMED | Pembongkaran kegiatan perjudian haram di sekitar Sungai Buloh membuatkan beberapa individu yang pernah terlibat dalam perniagaan judi haram membuka cerita sisi gelap operasi itu.

Mengakui pernah bekerja di kedai judi haram, seorang individu yang enggan dikenali membuka kisah silamnya kepada peguam Buzze Azam.

Menurut individu yang dirahsiakan identitinya itu, beliau berkata terdapat pihak polis yang bersubahat dengan pemilik perniagaan yang menjalankan kegiatan judi haram.

Pemilik perniagaan adalah mereka yang menjalankan operasi judi manakala company adalah pihak yang menyediakan alatan seperti komputer dan software.

Keuntungan perniagaan akan dibahagi 60/40 dimana company akan mengambil sebanyak 60% dan 40% yang lain adalah pemilik atau penyewa premis. Kerugian juga dibahagikan dalam peratusan yang sama.

Sebelum kedai judi diserbu, pihak company akan datang dan menukar komputer kepada komputer lama dan seolah-olahnya sudah diketahui akan berlakunya serbuan.

Manakala penjaga kedai melayu (ataupun orang beragama Islam) akan ditukar kepada lelaki india (ataupun bukan beragama Islam) untuk ditangkap dan disoalsiasat polis.

Selepas serbuan dijalankan, beberapa jam kemudiannya company akan datang dan memasang semula komputer baru untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Lelaki itu juga mendakwa telah ramai orang melayu tersungkur kerana terlibat dengan aktiviti perjudian. Beliau juga menjelaskan tidak lagi terlibat dalam kegiatan haram itu dan telah meninggalkan kerjaya lamanya pada 10 tahun yang lepas.

Kisah kedua pula adalah mengenai pemain judi online.

Gambar Tangkap Layar

Mengakui dirinya adalah orang Sungai Buloh, lelaki itu mendakwa baru je kalah RM350 sebab bermain judi pada 7 Ogos malam dan 8 Ogos, polis melakukan serbuan. 

Bagaimanapun kedai judi itu hanya ditutup sementara, malahan ditutup tak sampai pun sehari.

Pengakuan lelaki itu sangat tular dan dipuji netizens kerana bersikap jujur meskipun judi adalah haram bagi orang Islam. - 11 Ogos 2020.