Meja Berhabuk, Bukti Premis Judi Ditinggalkan, 8,000 Komen Kecam IPD Sungai Buloh.
SOSMED | Terdapat 8,000 komen mengecam IPD Sungai Buloh kerana memuatkan gambar meja berhabuk adalah bukti premis tidak menjalankan aktiviti perjudian.
"Kesan habuk yang membuktikan premis telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan," maklum pentadbir halaman Polis Daerah Sungai Buloh.
Hasil semakan pula mendapati, 8,000 komen itu mempertikaikan, mengecam dan mempersoalkan cara pegawai polis di IPD Sungai Buloh menjalankan siasatan.
Menurut netizens di ruangan komen itu, mereka berkata, habuk tidak boleh dianggap bukti kukuh bahawa premis judi tidak lagi menjalankan aktiviti haram.
Di bawah komputer pula, selalunya memang ada habuk samada digunakan atau tidak digunakan.
Sebaliknya polis didesak untuk meneliti bil air, bil elektrik dan bil internet terkini di premis berkenaan bagi membuktikan ianya kosong dan tidak digunakan untuk menjalankan sebarang aktiviti.
Malah, polis juga dinasihati untuk memantau premis berkenaan dengan mengintip secara sembunyi dan memperbanyakkan pemasangan CCTV di tempat-tempat awam bagi memudahkan siasatan pihak berkuasa.
Selain menasihati dan mencadangkan, terdapat juga komen-komen troll dan menyindir pihak polis menjalankan kerja.
Ini adalah kali pertama pihak polis menerima kecaman secara terbuka dan disokong pula oleh pemimpin politik pro kerajaan dan pembangkang.
AMK menawarkan khidmat guaman kepada Asri Janggut manakala Zahid Hamidi menbuat gesaan agar polis menyiasat premis judi dan bukannya menyasarkan pemberi maklumat.
Setakat ini Ketua Polis Negara dilihat terbuka meraikan kritikan netizens ke atas IPD Sungai Buloh. - 11 Ogos 2020.