t>

Breaking News

Norma Baru, Pelitup Muka Dibu4ang Merata-Rata.

SOSMED | Apa yang dikongsikan oleh R.Vasugi menerusi Facebooknya semalam merupakan satu perkara yang perlu difikirkan kerajaan.

Semalam, R.Vasugi berkongsikan kisahnya mengutip pelitup muka yang dibuang merata-rata oleh pengguna.

"Salam Sejahtera,

Saya Vasugi Ramasamy dan ini adik saya Suriya Kuppusamy dari Taman Kesumba, Sg Bakap, Pulau Pinang. Saya berkerja di Econsave Parit Buntar (Sebagai Acc Clerk) dan adik saya pulak belajar di ILP Nibong Tebal. Setiap hari saya ulang alik ke kerja saya melihat topeng muka (FACE MASK) bersepah di merata tempat.

So saya mengambil keputusan untuk mengutip topeng muka (FACE MASK) yang berkeliharan di merata tempat (Sg Bakap Ke Parit Buntar). So pagi nie saya dan adik saya turun unutk menyelesaikan misi nie.

Tujuan untuk kami menyelesaikan misi nie adalah mengurangkan pelbagai jenis kuman, bakteria, dan virus pada waktu pendemik #COVID19. So kawan-kawan tolong fikir sebelum membuang topeng muka (FACE MASK) yang diguna di merata tempat.

Kita mana lah nak tahu warga emas dan kanak-kanak kita sihat atau tidak sama ada mereka mencukupi antibiotik yang sepenuhnya?

So merekalah orang pertama yang diserang oleh #COVID19 ini. Sekarang seluruh dunia diseksa oleh #COVID19 nie...dewasa tidak dapat pergi ke kerja, kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah dan lain-lain.

Time macam nie kita kena jaga kebersihan dan kesihatan diri sendiri, pada masa yang sama jaga kebersihan dan kesihatan negara juga.

Itu tanggungjawab sama-sama. Disini saya ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua rakyat kita supaya janganlah buang topeng muka (FACE MASK) dimerata, itu akan menambahkan risiko," tulisnya dalam kenyataan itu yang dipetik menerusi Facebook. 


Kalau diperhatikan dengan teliti, banyak sebenarnya pelitup muka yang berjaya dikutip Vasugi. Ini juga bermakna, bersepahlah pengguna yang suka buang merata-rata.

Pengalaman penulis sendiri, dalam pasaraya pun slumber je orang buang pelitup muka. Dalam troli, atas jalan. Tapi nasib baik di pasaraya ada tukang cleaner. Kalau tak ada, rasanya cukup 2 hari bersepah face mask atas jalan.

Kalau pun tak jumpa tong sampah, bukan alasan boleh membuang merata-rata. Tapi di kawasan penulis tinggal, takde lagi la nampak bersepah-sepah facemask dibuang orang. Di Sungai Bakap ke Parit Buntar mungkin jenis orangnya ingat jalan umum tu tong sampah gergasi kot. Hehe.

Apa pun masalah pelitup muka dibuang bersepah-sepah ini adalah masalah global. Ia dah jadi masalah pencemaran.

Pada 8 Jun yang lalu, portal TheGuardian melaporkan masalah pencemaran berpunca dari pelitup muka yang dibuang merata-rata ditemui dalam lautan.

Mask pakai buang itu timbul atas laut menyebabkan penyelam dan pasukan keselamatan terpaksa mengutip satu persatu mask yang dibuang itu bagi mengelakkan kesan yang lebih teruk.

Selain mask, botol sanitizer, sarung tangan, cawan pakai buang dan tin minuman turut ditemui dalam kuantiti yang sangat banyak.

Berdasarkan kajian tahun 2018, 13 juta tan plastik dibuang ke lautan dan dianggarkan setiap satu minit, 33,800 plastik dibuang ke lautan. Bayangkan 33,800 bagi setiap satu minit.

Pada masa ini, selepas anda habis je membaca, dah hampir dua minit, 33,800 x 2 plastik telah pun dibuang ke dalam lautan. 

Lepas tu manusia akan bising tentang bumi yang semakin tua dan uzur. Tapi mereka tak pernah fikir untuk menjaga kesihatan bumi.

Dalam laporan yang sama juga, dikatakan face mask mempunyai 450 tahun jangka hayat sebelum dilupuskan sepenuhnya.

Berjalan 100 meter di tepi pantai (Perancis), berhasil mengutip sebanyak 70 face mask yang dibuang pengguna lapor portal itu lagi.

Tak semestinya pengguna buang face mask itu di tepi pantai atau dalam lautan. Face mask itu sebenarnya boleh travel juga melalui pelbagai cara.

Dan kegagalan menanggani pencemaran face mask ini akan mendatangkan impak negatif kepada generasi akan datang.

Hidupan laut mungkin tercekik dan tertelan face mask dan segala bagai plastik, botol. Mereka pupus. Beri kesan kepada ekosistem dan rantaian makanan.

Kemudiannya jika kita makan pula hidupan laut, sungai yang tertelan face mask ini, entah apa kesannya pada kesihatan kita.

Kalau kita masih memandang masalah ini ringan dan setakat bersorak tepuk tangan dengan tindakan Visuga mengutip facemask, kita belum cukup faham lagi masalah sebenarnya. - 19 Ogos 2020.