Plonxbox Dibenarkan Beroperasi Kembali, Selesai Masalah Dengan MBSA.
SOSMED | Sepanjang minggu ini MBSA menjadi sasaran kecaman netizens kerana melakukan operasi pembersihan besar-besaran sehinggakan peniaga kecil jalanan turut menjadi mangsa keadaan.
Keadaan ini berlaku apabila Asri Janggut mempersoalkan peranan MBSA dan PDRM yang tidak membanteras premis perjudian haram dan perniagaan warga asing di sekitar Sungai Buloh.
Asri pada awalnya membuat Facebook LIVE dan rakaman itu seterusnya menjadi tular di media sosial. Seterusnya, selepas isu itu menjadi hangat dan sensasi, beberapa pegawai MBSA ditahan dan disiasat SPRM kerana mengambil rasuah diantara RM300 dan RM3,500 per kedai.
MBSA kemudiannya melakukan operasi gempur besar-besaran dan hal itu kemudiannya mendatangkan kemarahan rakyat.
Ini kerana MBSA bukan sahaja tertumpu kepada membanteras perniagaan warga asing dan pusat judi haram bahkan peniaga melayu yang berniaga di tepi jalan dan juga binaan tambahan termasuklah di kawasan perumahan turut dirobohkan MBSA.
Antara yang terkesan dengan tindakan MBSA itu adalah PLONXBOX. Pemilik Plonxbox dilaporkan melakukan beberapa kesalahan dan telah menerima arahan sitaan 24 jam dari MBSA.
Bagaimanapun belum sempat PLONXBOX memindahkan barang perniagaan mereka, ianya disita MBSA meskipun tempoh masa 24 jam belum tamat.
Hal ini seterusnya membuatkan MBSA dikecam bertubi-tubi oleh pelbagai pihak. Sesetengahnya menjadikan isu ini sebagai isu politik.
Terdapat juga sangkaan tindakan MBSA mengempur perniagaan tepi jalan, tidak berlesen dan binaan haram adalah kerana mahu membalas dendam akan kritikan yang diterima oleh agensi itu.
Beberapa pihak kemudiannya membuat gesaan terbuka kepada MBSA untuk lebih bertolenrasi dengan peniaga melayu terutamanya yang baru sahaja dibolehkan meniaga selepas menutup perniagaan mereka berbulan-bulan lamanya angkara PKP.
Selain MBSA, Ahli Parlimen dan ADUN yang berkhidmat di kawasan itu turut dikecam netizens kerana berdiam diri.
Setiausaha PKR Sungai Buloh bagaimanapun menafikan dakwaan Ahli Parlimen itu berdiam diri.
Menurut laporan Malaysiakini bertarikh 15 Ogos, Johari Itam yang juga SU PKR Sungai Buloh dipetik sebagai berkata, Sivarasa ada berhubung dengan Datuk Bandar Shah Alam dan meminta pertimbangan MBSA berkaitan notis 24 kepada peniaga.
"Pada petang 11 Ogos, iaitu pada hari yang sama, Sivarasa berhubung dengan Datuk Bandar Shah Alam Haris Kasim dan memohon pertimbangan berkaitan notis 24 jam kepada peniaga premis.
“Pada 12 Ogos, ahli Parlimen Sungai Buloh itu sendiri menghantar pegawainya memantau dan mendapatkan maklumat tentang operasi bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).
“Keesokan harinya, Sivarasa menerima maklum balas daripada Haris bahawa MBSA akan mengadakan pertemuan khas bagi membantu penjaja yang terjejas pada hari Sabtu di Dewan Meranti, Bandar Baru Sungai Buloh," jelasnya dalam kenyataan itu.
Sementara itu, pemilik perniagaan PLONXBOX menarik nafas lega apabila masalahnya bersama MBSA selesai dan dua kontena milik perniagaan itu akan ditebus kembali.
"Allhamdullilah... Selesai urusan pembangunan.
Insyallah selepas ini urusan perlesenan kami akan menaiktaraf lesen kilang kami menjadi Cafe. Semoga di permudahkan segala urusan.
Terima kasih MBSA memudahkan urusan para peniaga sempena hari pemutihan.
Kami meyambut baik usaha MBSA untuk membantu para peniaga dalam memudahkan urusan lesen.
Program seperti ini harus dilaksanakan di semua kawasan jajahan MBSA supaya kesemua urusan permohonan lesen para peniaga di bawah tadbir MBSA dipermudahkan.
Kami berharap Pihak PBT negeri lain turut mengikut langkah baik ini, seperti yang disarankan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa supaya DBKL meluluskan lesen kepada para peniaga dalam masa 14 hari mengikut terma dan syarat yang di tetapkan.
Insyallah esok kami akan akan ke MBSA Shah Alam untuk urusan menebus balik 2 biji kontena kami yang telah di sita," jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.
Semalam MBSA mengadakan pertemuan dengan kumpulan peniaga bagi menyelesaikan beberapa masalah berbangkit. Diharapkan masalah seperti ini tidak berulanglagi. MBSA perlu faham, layanan berbeza terhadap warga asing dan warga tempatan, peniaga tepi jalan yang sedang berusaha mencari rezeki halal dengan peniaga judi haram, perlu dilakukan. Benda boleh bincang, kita bincang sampai jadi. Benda tak boleh bincang, macam premis judi haram tu, memang la perlu dibanteras tanpa kompromi. - 16 Ogos 2020.