t>

Breaking News

#Covid19 Kronologi Kluster Bak@wali, Johor.

Kronologi | Pada 24 September 2020, pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai gejala batuk, selesema dan demam telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.


2. Setelah diperiksa, didapati kedua-dua pasangan suami isteri ini positif covid19 pada 26 September 2020. Masing-masing berusia 40 tahun. 

3. Mereka ialah #kes10911 dan #kes10912 yang juga kes indeks.

4. Kedua-dua pasangan suami isteri ini kemudiannya dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor.

5. Saringan ke atas kontak rapat juga dilakukan dan setakat 29 September 2020, 25 individu telah disaring dimana;

- 2 didapati positif
- 8 menunggu keputusan
- 13 individu negatif

6. Dua yang didapati positif ialah #kes11124, wanita yang berumur 36 dan #kes11125, lelaki yang berumur 26 tahun.

7. Berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan, KKM mendedahkan kedua-dua pasangan suami isteri itu ada melakukan perjalanan ke Semporna Sabah pada 13 hingga 18 September 2020.

8. KKM juga mengesahkan semua langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. 

9. Dalam pada itu, KKM juga menjelaskan, punca jangkitan masih dalam siasatan.